expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 22, 2020

Suntikan perancang untuk kucing


Kali kedua saya bawa kucing ke klinik haiwan. Kali pertama dulu untuk merawat penyakit kurap, habis juga RM60 untuk 6 ekor kucing. RM10 untuk satu suntikan bagi seekor kucing. Kali ini saya bawa 2 ekor kucing untuk suntikan perancang.



Kucing pun kena suntik perancang. Bukan apa, kalau banyak sangat kucing di rumah, susah juga nak kawal. Soal makanan tak menjadi masalah, cuma soal pengurusan najis bagi anak-anak kucing. Maklumlah kucing-kucing saya ini tak dibela dalam sangkar, dibiar bebas di luar rumah.



Satu suntikan perancang ini, kosnya RM25. Bertahan untuk 4 bulan sahaja. Kalau nak buat pemandulan, kosnya RM 120 untuk seekor kucing. Sebelum dibuat pemandulan, kucing perlu diberi vaksin terlebih dahulu.




Klinik haiwan ini memang popular. Selalu ramai saja pengunjung. Nampaknya pencinta kucing ini sangat mengambil berat tentang kucing-kucing mereka. Sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk satu-satu rawatan. Sekali fikir, pelaburan yang dibuat oleh pemilik kucing dalam penjagaan kucing-kucing ini mungkin tidak menguntungkan, tapi yang lebih penting kepuasan diri apabila dapat melihat haiwan kesayangan ini sihat dan ceria.

2 comments:

Nabila said...

Maaf nak tanya, kos pemandulan rm120 utk kucing betina ke jantan ye ?

KM7 said...

Utk kucing betina