expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 27, 2020

Sibuk, memberi harapan, dan menyatakan kebenaran


Kalau diikutkan, masa 24 jam sehari itu terasa tidak mencukupi. Banyak sangat perkara yang ingin dilakukan. Ya, sangat cepat masa berlalu. Meskipun ramai yang mengejar waktu, masih ada juga yang suka membuang waktu. Pandai-pandailah kita membahagikan waktu agar bermanfaat. Usah dijadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk membiarkan hal-hal berkaitan kekeluargaan, kemasyarakatan dan yang penting,akhirat!



Kadang-kadang kita memberikan harapan kepada seseorang itu tanpa kepastian. Mungkin sekadar untuk mengambil hati atau menyedapkan hatinya sahaja. Ini sangat menyakitkan apabila ia tidak menjadi kenyataan. 




Dalam menjalani kehidupan ini, kita tidak terlepas daripada dilema untuk meyatakan kebenaran atau menyembunyikan sesuatu perkara atas alasan menjaga hati seseorang. Apapun alasannya, ia pasti memberikan masalah lain pula suatu hari nanti. Berhati-hatilah membuat pilihan agar tiada hati yang terluka.

Sebarkan kebaikan.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.