expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 3, 2020

Tongmo bakar menjadi tarikan terkini di Kelantan


Oh macam ini rupanya Tongmo. Kali pertama saya tengok Tongmo yang dijual di tepi jalan dengan lebih dekat. Makanan yang  semakin popular di Kelantan akhir-akhir ini sudah  banyak dijual di tepi-tepi jalan utama.



Tongmo bakar ini ada peminatnya yang tersendiri. Tekak saya macam tak boleh nak terima lagi makanan ini. Belum cuba rasa, tapi bentuknya itu sedikit menggugat citarasa. Daging lembu yang dikisar dan dimasukkan ke dalam usus muda lembu ini dibakar untuk satu jangkamasa sebelum boleh dijual dan dinikmati pelanggan. Harganya RM10 untuk 4 ketul.



Ada yang sudah mencuba makanan ini dan memberi respon sedap. Tak kurang juga yang mempertikaikan aspek kebersihan penyediaannya. Apapun, cuba sendiri dahulu baru tahu macamana sedap atau tidak. Citarasa masing-masing!

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.