expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 12, 2021

Kenangan lalu mengusik jiwa



Ada banyak kenangan dalam hidup kita. Kenangan pahit, manis, suka dan duka semuanya menjadi indah apabila dikenang semula. Mustahil untuk melupakan sesuatu kenangan itu selagi kita masih bernyawa dan sihat minda.

Selalunya kenangan akan muncul semula di ingatan apabila kita bersendirian dan berhadapan dengan situasi yang sama seperti yang pernah dilalui sebelum ini. Paling perit, apabila sesuatu yang tidak ingin diingati atau dikenang itu muncul semula di kotak minda. Mahu atau tidak, hadapi sajalah.

Sukar untuk menghalang memori lama daripada muncul semula. Semakin cuba dilupakan, ia semakin kerap mendekati. Biarkan sahaja, jangan menghukum sebuah kenangan yang sering menghantui diri. Ambillah ia sebagai sesuatu lumrah dalam kehidupan. Gambar atau catatan boleh saja kita buang daripada koleksi peribadi, tetapi kenangan, ia tetap kekal dalam ingatan. Hargailah sebuah kenangan!



4 comments:

  1. itu la kenangan
    cantik nya gambar pemandangan

    ReplyDelete
  2. Betul..ada banyak kenangan dalam tirai hidup kita

    ReplyDelete
  3. Kenangan lalu umpama baru berlalu, tetapi sebenarnya telah bertahun kita telah laluinya. Indahnya kenangan itu

    ReplyDelete
  4. betul tu, kadang2 kenangan dtg menggamit, ada yg sedih ada buat kita gelak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.