expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 28, 2009

Vandalisme

Lihat foto di atas, apa reaksi anda?Foto tersebut dirakamkan pada dinding sebuah bangunan kedai, yang terletak di laluan umum.Apa motifnya?adakah sekadar untuk melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang, atau ada agenda lain.Walau apapun persoalannya, kehadiran contengan itu mencacatkan pemandangan bagi mereka yang melalui laluan tersebut.

Sebenarnya vandalisme dalam bentuk contengan tulisan mahupun lukisan ada di mana-mana sahaja.Mungkin sebagai satu cara untuk meluahkan perasaan.Tapi sedarkah mereka yang melakukannya itu akan menyusahkan banyak pihak.Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar.Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini memalukan agama,bangsa dan negara.Dek kerana perbuatan tidak bermoral segelintir masyarakat ini, ramai yang mendapat tempiasnya.Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Masyarakat yang tahu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Bersyukur atas kedamaian,kemakmuran dan kemajuan yang dicapai.Katakan TIDAK kepada vandalisme.

6 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa. Selamat hari raya.. Semoga dipertemukan dgn Ramadhan yang akan datang insyaAllah. Maaf Zahir & Batin.
    semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam raya aidil fitri dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    salam persahabatan dari sebuah blog.. thanks melawat kami... sememangnya sifat manusia yang semakin ditegah semakin di buat.. walaupun ia mungkin kecil dimataa.. tapi mungkin akan terus merebak dan terus merebak menjaadi lebih buruk jika dibiarkan.. mmg sifat manusia barang yang elok dirosakkan vendalisma membawa kemudaratan dan meningkatkat moral dan keruntuhan akhlak..
    Vendalisma merupakan titik tolak kerosakan lebih besar lagi...

    renung-renunglah dan selamat beramal
    sifat manusia yang suka membuat kerosakkan ade disebut
    Firman Allah
    Terjemahan: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (Timbulnya demikian) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
    Surah al-Rum 30:41

    ReplyDelete
  3. org nie x berfikiran waras & hanya pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen2 anda

    ReplyDelete
  5. wahh entry yg bgs..
    cam esei bm, penuh ngn peribahasa heheh

    -ex student

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.