expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 28, 2010

“Sampai hati ayah, abang”

KOTA BHARU – Bukan sekali, tetapi didakwa berkali-kali tubuh mereka diratah abang kandung sendiri yang hanya untuk melepaskan nafsu serakah yang bermaharajalela dalam diri.

Itulah nasib malang yang menimpa lima adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia 5 hingga 16 tahun dari Kampung Saadur, Tawang, Bachok.

Lebih malang lagi, adik bongsu mereka yang berusia lima tahun juga turut menjadi mangsa.

Mereka bukan sahaja mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral secara bergilir-gilir, tetapi juga diugut bunuh sekiranya rahsia itu dibongkar.

Tidak tahan dengan sikap abang yang durjana itu tiga daripada lima beradik yang berusia 5, 14, dan 16 tahun itu tekad melarikan diri ketika umat Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menyediakan juadah berbuka puasa kira-kira jam 2.10 petang kelmarin, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketiga-tiga beradik ini ditemui dalam keadaan trauma dan kebuluran di Masjid Kedai Lalat Kota Bharu oleh penduduk kampung dan mereka kemudiannya dibawa ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Mat Rani Ibrahim kira-kira jam 8 malam, semalam.

Salah seorang daripada mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah menceritakan detik tragis itu dengan mendakwa dia dan kakaknya dirogol sejak 7 tahun lalu.

Katanya, sikap kejam abangnya yang juga seorang penagih dan kaki botol itu sampai ke kemuncak apabila dia turut merogol adik bongsunya yang berusia lima tahun di hadapan mereka sendiri. Lebih memilukan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan abangnya.

“Abang saya merogol adik bongsu saya tahun lalu di depan mata kami sendiri. Saya cuba menghalang tetapi dia bertindak ganas dengan memukul saya kembali. Akibatnya saya dan kakak hanya mampu melihat sahaja perbuatan abang itu.

“Kakak saya dirogol abang ketika dia berusia 9 tahun dan ketika itu abang saya baru berusia 11 tahun. Saya sendiri hampir 20 kali dirogol. Begitu juga dengan tiga lagi adik saya yang berusia 12, 10 dan 5 tahun. Mereka semua menjadi mangsa nafsu serakah abang,” katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Tidak cukup dengan sikap abang yang tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi keselamatan mereka adik-beradik juga terancam kerana bapanya adalah seorang penagih dan kaki botol yang tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan di kedai makan berhampiran rumahnya dengan upah RM10 sehari selepas pulang dari sekolah bagi mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

Turut memeranjatkan wang itu juga terpaksa dikongsi dengan bapanya yang sering memeras wang tersebut untuk membeli arak.

Katanya, dia tidak tahan dengan beban yang tanggung sekian lama lantas nekad membuat laporan polis minggu lalu berhubung kes tersebut dan kini abangnya yang digelar ‘abang setan’ itu ditahan di lokap Balai Polis Tawang, Bachok.

Tepat jam 1 pagi semalam, ketiga-tiga beradik ini dibawa ke balai polis binjai sebelum diserahkan kepada balai polis daerah Bachok untuk siasatan lanjut dan diberikan perlindungan sementara.

Sementara itu, Deputi Superintendan Yahya Salleh ketika ditemui berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kes terbabit dan kini siasatan mengenainya sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Sesyen 376 kanun keseksaan.

Salah seorang ahli keluarga terdekat yang ditemui di Kampung Wakaf Aik, Rohaya Mamat, 58, berkata, ketiga-tiga beradik itu pernah beberapa kali cuba melarikan diri kerana tidak tahan dengan perangai barang ayah mereka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka pernah lari ke rumah ibu saudara di Tanah Merah sebelum Ramandan, bagaimanapun dihantar kembali ke sini.

“Saya tidak tahu kes rogol berkenaan, tetapi kalau mereka kena pukul memang saya sedia maklum kerana ada datang mengadu kena pukul dengan ayahnya,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Rohaya berkata, sebelum ini beliau dan suami tinggal bersebelahan dengan rumah tiga beradik itu, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan dengan perangai abang sulung adik-beradik tersebut yang sangat nakal.

Beliau berkata, lelaki kepada tiga beradik itu seorang penagih dadah dan selalu mencuri barangan di atas rumahnya, sehingga menyebabkan beliau takut serta nekad untuk berpindah.

Menurutnya, tengah hari semalam, ayah tiga beradik itu datang ke rumah mencari anak-anak mereka yang dikatakan hilang.

“Memang saya akui, ayah dan anak sama-sama penagih dan anak-anak perempuan mereka selalu kena pukul,” katanya.

Jiran mereka, Aminah Dollah, 50, berkata, jerit pekik lima beradik itu sentiasa didengari dan ia perkara biasa.

Beliau berkata, mereka selalu dipukul ayah mereka dan ada kalanya ayah mereka berkata ingin memukul anak-anaknya hingga mati.

Aminah ketika ditemui tidak mengetahui mengenai kes rogol terhadap adik-beradik itu dan hanya mengetahui mereka semua sering dipukul saja.

“Kali terakhir saya berjumpa budak-budak itu pada tengah hari dan kata mereka hendak ke Sering untuk mengambil salah seorang adiknya pulang dari sekolah.

“Sehingga itu saya tidak melihat lagi kelibat adik-beradik tersebut, yang saya jumpa ialah ibu mereka yang bekerja di salah sebuah pasar raya di Kota Bharu yang keluar pagi dan hanya pulang lewat malam pada setiap hari,’’ katanya.

Sementara itu, Imam Muda Mukim Senak, Abu Hassan Abdul Hamid, 51, berkata, beliau sangat terkejut dengan berita tersebut dan tidak mengetahuinya.

“Lagipun keluarga itu baru berpindah ke sini tiga tahun lalu, dan ayah mereka sangat ramah dengan orang kampung,” katanya.

sumber:Sinar Harian 28/8/10

4 comments:

  1. Memang sadis.. Tapi yang lagi sadis sikap masyarakat sekeliling yang berpegang teguh dengan prinsip jangan jaga tepi kain orang pada masa yang salah.

    ReplyDelete
  2. omg. kesiannya budak2 nie :'(

    Adik sendiri, anak sendiri...sanggup jugak dorang bwat camnie. Mmg setan habis!

    ReplyDelete
  3. AYAH SANGAT RAMAH dengan org kampung konon... jiran pun satu hal...tak ambil kisah...kesian giler budak2 tue sampai besar trauma..mesti ada yang terfikir nak mati or bunuh diri kalau tak betul2 tue...hangin lagi aku pagi nie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.