expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 6, 2010

Setem 03:Murai Batu & Merbah Beringin

008
Orang yang banyak cakap diumpamakan macam mulut murai.Betul ker?Setem kat atas tu adalah salah satu spesis murai.Jom berkenalan dengannya.Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang.

Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Burung ini membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.Awas..jangan tangkap burung ini sembarangan.


009

Setem ini pula pasal burung Merbah Beringin (Alophoixus ochraceus).Ia merupakan spesies burung berlagu dalam keluarga Pycnonotidae. Ia terdapat di Brunei, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Burung Merbah Beringin adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Beringin tidak bergigi.Kalau anda mempunyai maklumat tambahan,bolehlah berkongsi.

Rujukan:Wikipedia Bahasa Melayu

13 comments:

  1. salam..
    Murai Batu tu biasa tengok..
    Teringat suatu masa dulu pernah abah bela n letak nama "Clara". What a sweet memory that we have!

    ReplyDelete
  2. nice info bro..aku jarang dh nampak burung murai skang ni..ko ni pengumpul setem ker??hehe

    ReplyDelete
  3. To:Rozect
    thanks 4 sharing

    To:cuz
    murai skrg makin pupus.
    ada la sikit2 setem utk rujukan

    ReplyDelete
  4. hehehe..
    tp abah bela sbb clara x leh terbang. Bila dh sembuh, lepas lah. Tp ada masa clara dtg singgah gak..

    ~p/s: i pun dh follow u~

    ReplyDelete
  5. To:Rozect
    Wah...bestnya,burung yang ingat kpd tuannya.

    mesti u all rindu kat clara.

    ReplyDelete
  6. ada member bela,,fuh malam pun galak bunyi,sedap

    ReplyDelete
  7. To:azremy
    alamak mlm2 pun galak bunyi
    mesti mengganggu jiran2.hehe

    ReplyDelete
  8. Wah, Gerrard respek KM7 yang pencinta haiwan^^

    Murai dah jarang tengok, g zoo je baru nampak

    ReplyDelete
  9. burung pon leh masuk dlm setem..

    ReplyDelete
  10. nasib baik member buat sangkar besar.dkt kolam mancing.so xde la sunyi

    ReplyDelete
  11. burung ni bkn cam murai itam tu.dia warna coklat.ekor panjang.org susah nk
    kenal.kt utan je ada

    ReplyDelete
  12. kat area rumah saya, ada 3 spesis murai ( tak tahu lah kalau bukan jenis murai)..
    murai gila (warna koko strip putih),
    murai biasa (hitam putih),
    murai batu (sama cam dalam gambar)...
    semua burung ni memang bising.. huhu..

    ReplyDelete
  13. dulu saya pon kumpul setem burung tp semua dah dihilangkan oleh adik.. lagipon minat setem tu hanya kepada setem burung.. jadi susah nak dapat..
    sekarang bertukar kepada banknotes and vintage watches.. :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.