expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 27, 2010

"Suami i kan........"

 (foto;Google)

 U nak tau,suami i kan....

*selalu tolong i mengemas rumah
*selalu memasak untuk i dan anak-anak
*selalu menjaga anak-anak apabila i nak keluar shopping
* tak kisah i nak ke mana pun
*bla...bla....bla.....

    Biasa dengar dialog di atas?hmm....biasalah kan kalau wanita bertemu wanita.Ada-ada saja cerita mereka.Lelaki pun tak kurang juga,cuma topik perbualan mungkin berbeza. Apa yang akan KM7 kongsikan di sini kali ini ialah ada segelintir wanita atau lebih tepat lagi kalangan isteri yang suka menceritakan kehebatan atau kebaikan suami mereka kepada wanita lain.Lebih hebat lagi kalau ada yang menceritakannya kepada lelaki lain.Nasib baik cerita baik,kalau cerita kelemahan...aduh malang ler suaminya itu.

   Sekali dengar seolah-olah bagus juga untuk dijadikan pengajaran.Tapi kalau banyak kali dengar atau berkali-kali diceritakan,boleh bosan juga....seolah-olah suami dia saja yang terbaik di dunia ni.Bagi isteri yang suaminya tidak sebegitu,mesti rasa cemburu kan!mengapalah suami aku tak macam tu.....

   Kenapa isteri-isteri ni suka bercerita kebaikan suami mereka kepada orang lain?KM7 rasa mungkin mereka ingin mengatakan suami mereka yang terbaik...hmm baguslah tu.Tak sia-sia kahwin dengan dia kan....Keluarga mertua pun suka dapat menantu yang macam ni....Isteri...lagilah suka kalau tak payah memasak,tak payah mengemas rumah,tak payah jaga anak.Semua dilakukan oleh suami.Hai...bertuahnya badan.

   Tapi AWAS!! mereka yang mendengar cerita-cerita begitu sebenarnya ada persepsi lain.Antaranya..ishh pemalas betul isteri dia ni.Semua diserahkan kepada suami.Suami  dia ni mesti kena buli...tak pun...mesti takut kepada isteri.Tambah-tambah kalau isteri dia berjawatan tinggi atau bergaji besar.kesian...

    Secara peribadi KM7 tak bersetuju kalau suami melakukan semua kerja rumah tangga yang sepatutnya dibuat isteri.Sekali-sekala nak menolong tu,bolehlah.....Yerlah kalau memasak pun suami yang buat,buat apa kahwin...baik makan kat kedai jer.Kalau ada pembantu rumah pun...isteri sepatutnya memasak untuk suaminya.Biarpun masakan yang ringkas tapi itulah antara faktor pengikat kasih sayang.Percayalah kalau isteri menjaga makan minum suaminya,suaminya tak akan cari lain...hhehe....

   Bagi suami isteri yang bekerja memanglah digalakkan untuk saling membantu...termasuklah urusan rumah tangga.Baguslah kalau ada suami yang sukarela membantu.Tapi biarlah ikhlas...jangan kerana terpaksa.Takut ada suami yang memendam perasaan....apalah isteri aku ni....Lama-kelamaan mulalah suami ni buat hal.

   Jadi ingatlah kepada isteri-isteri..tak payahlah terlalu ghairah menceritakan kebaikan suami masing-masing kepada orang lain...kerana perkara ini seumpama mendedahkan kelemahan anda sendiri yang malas menguruskan rumah tangga.Dibimbangi juga ada perasaan riak.syaitan suka riak ni....





(foto:Google)

   Kepada isteri yang mempunyai suami yang agak liat menolong di rumah...bersabarlah.Mungkin ada hikmahnya.Mungkin suami tadi banyak membantu dalam aspek lain.Bukankah besar pahala seseorang isteri yang berkhidmat untuk suaminya?Tidak dinafikan sumbangan isteri dalam pengurusan rumah tangga sangat besar.Selain bekerja,mereka juga menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak....sampai tak sempat untuk 'menguruskan' badan sendiri.hehehe....

   KM7 mohon maaf sekiranya catatan n3 kali ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Bukan hasrat untuk mengkritik,cuma untuk berkongsi pendapat sahaja.Sekian.....

12 comments:

  1. huhuhu,..klu skali skala cita sal kebaikan suami kat orang x pe la kn,,.klu slalu dah lain n mcm2 tanggapan,.

    ReplyDelete
  2. mana boleh bersabar je kalau suami liat nak membantu kerja2 rumah..
    kalau nak bersabar,
    suami pun kena la bersabar kalau isteri jarang2 nak memasak..
    hehhehe..

    ReplyDelete
  3. hmmm..kalau makcik2 dlm office berjumpa...mcm ni ler jadinya.. tiba2 xpasal2 yang bujang pun kena sekali..biasalah tu

    ReplyDelete
  4. cerite pasal kebaikan takpe , jgn cerita pasal keburukan . huhu

    ReplyDelete
  5. skali-skale criter xperla.. klu dah slalu sgt, org laen pun naek bosan.. huhu...

    ReplyDelete
  6. Pada saya sebagai isteri... bercerita ttg keburukan atau kebaikan suami kepada orang lain adalah satu tindakan yang patut dihindarkan... Sekiranya isteri saja2 bercerita ttg keburukan suami maka berdosalah si isteri tersebut... di belakang, teman2 pula akan mengutuk habis-habisan... Sekiranya si isteri bercerita pula ttg kebaikan suami mereka... di belakang, teman2 akan menjadikannya bahan ejekan... Maka, yang terbaik... bersyukur sekiranya si isteri mendapat suami yang baik...dan berusaha memperbaiki keadaan sekiranya rasa2 suami tu tak baik..

    ReplyDelete
  7. entri yang menarik... Saya suka & syabas buat KM7 :)

    Pada pendapat saya, hal suami isteri adalah perkara peribadi yang perlu dan sepatutnya dirahsiakan. Baik @ buruk itu adalah rahsia rumahtangga. Tapi tak mengapa kalau berkongsi cerita jika ada sebab tertentu...

    Saya sendiri belum pernah lagi cerita tentang suami apalagi menjadikan kami sebagai entri di dalam blog!

    Ada baik & buruknya.. Sepertimana yang telah KM7 nyatakan.. Apapun entri ni pasti mengusik hati mereka yang bergelar isteri dan berfikir :)

    ReplyDelete
  8. Kerjasama antara suami isteri..perlu ada..hal ni blh mengeratkan hbgn kasih syg lagi..hehehe

    ReplyDelete
  9. hehehe.. km7 ni tlg isteri x??? agak2nyer??? mesti isteri km7 ni suka tlg 'menguruskan' km7.. sbb tu dia suka komen pasal hal ni.. aper2pun bagi saya seorang isteri yg suka cerita pasal suami dia tu sbnrnya melahirkan rasa syukur coz husband dia suka Tolong dia hehehe.. x kisahlah nak kata malas pun.. dah mmg hakikat PEMALAS hehehe..

    ReplyDelete
  10. peringatan untuk bakal isteri macam sy ..hehehe

    ReplyDelete
  11. sebenarnya tak bagus sangat cerita kebaikkan suami kat orang..takut orang lain jatuh hati ataupun berdengki.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.