expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 25, 2010

Malu bawa bekal?

 (foto:Google)

    Membawa bekal ke pejabat, tempat kerja atau ke sekolah bukanlah satu perkara baru.Masa bersekolah dulupun KM7 pernah membawa bekal ke sekolah.Tentunya anda juga ada pengalaman membawa bekal ke sekolah. Bekal yang biasa dibawa ialah nasi,mee ataupun kuih.Tak lupa juga botol air.hehe..takkan nak minum air paip pula kan.

    Sekarang ni KM7 perhatikan tidak ramai pelajar yang membawa bekal ke sekolah. Terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah menengah.Kenapa ya?Ada beberapa kemungkinan pelajar tidak membawa bekal ke sekolah.Kesibukan ibu bapa yang bekerja menyebabkan mereka tidak sempat menyediakan bekal untuk anak-anak.Ya lah kalau nak siapkan bekal,contohnya nasi goreng,mesti kena bangun awal pagi menyediakan bekal tersebut.Selain itu sikap anak-anak sendiri yang rasa malu untuk membawa bekal ke sekolah.Mereka lebih selesa membeli saja makanan di kantin.

   Pelbagai pilihan makanan di kantin juga faktornya.Bawa saja wang,pilih saja mahu beli apa.Kan senang tu?Bagi mereka yang bekerja pula lagi malas nak bawa bekal kan?Pergi saja ke kafetaria berdekatan,banyak pilihan menu untuk sarapan mahupun makan tengah hari.Kalau bawa bekal,nanti ada orang kata...hai..tengah-tengah bulan ni bawa bekal yer..bukan apa,'save' bajet la tu.

   Berbeza dengan ibu-ibu zaman dahulu suka membekalkan anak-anak mereka dengan bekal ke sekolah.Ini ada kaitannya dengan situasi ekonomi keluarga pada masa itu yang mana kebanyakan keluarga tidak mampu memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anak,terutamanya kalau mempunyai anak-anak yang ramai pula.Tapi ingat,bekal yang diberikan oleh ibu kita tu tanda kasih sayang mereka kepada kita.Tidak mahu melihat anak-anak mereka kelaparan di sekolah.

   Kalau dilihat dari sudut kebersihan dan keselamatan makanan,KM7 rasa membawa bekal dari rumah tu satu perkara yang baik.Selain dapat menjimatkan belanja, dapat juga mengelakkan kes-kes keracunan makanan.Paling tidak pun galakkan anak-anak membawa bekal air ke sekolah.Sekarang terdapat banyak pilihan botol air yang menarik untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.Contohnya dalam foto di bawah ni.

*
*
*
*
*
*

  
(foto:Google)

   Bagi pelajar sekolah menengah,kebanyakan mereka suka membeli air mineral.Botol air yang pelbagai corak dan warna ini biasanya menarik minat pelajar-pelajar sekolah rendah.Bagi anda yang sudah bekerja,ada ker yang bawa bekal air ni?eloklah dibawa bekal air ni daripada menahan dahaga kan!....

   KM7 berpendapat,membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja ni sangat baik.Tapi kalau semua orang bawa bekal, macamana pula jualan di kantin atau kafetaria?siapa yang nak beli?haa...jawab sendiri....Apapun terpulanglah kepada individu itu sendiri dari segi keselesaan dan kemampuan mereka.Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah selera...Anda pula bagaimana?


16 comments:

  1. masa saye sekolah rendah dulu hari ade kelas tambahan sabtu dan ahad saje saye bawak bekal..
    hehhe...
    sekolah menengah tak bawak dah..
    tapi anak sedara saye sampai sekarang bawak bekal ke sekolah sebab dia sekolah di sekolah cina.
    nak tak nak kena bawak jugak la..'kalau tak bawak lapar le dia..heheh

    ReplyDelete
  2. xmalu pun..hihi..sebab dul masa sekolah mmg mak ifa bekalkan makanan utk ifa n adek2..hihi..tp ble masuk asrama penuh..xde dah la..bekal biskut n air kotak je la..hihi

    ReplyDelete
  3. dlu waktu zaman sekolah, slalu bawa bekal ke skolah.. biasenye bawa nasi goreng dengan telur mata lembu.. Pada pendapat sy, klu bawa bekal, kebersihan makanan lebih terjamin.. (yg sebenarnya sy rindu masakan mak sy) waa, lambat lg nak cuti sem.. huhu..

    ReplyDelete
  4. bawak bekal lebih bagus, selain jimat, eh memang sungguh jimat pun sebenarnya ya. Selain itu, boleh mengelak kan dari terkena keracunan makanan. oya bagi yang agak sensitif dan menjaga sumber pemakanan yang halal, better bawak la bekal sendri sebabnya kalau dekat kedai, kita tak tau dari mana barang2 basah yang dia beli contohnya macam ayam la, maklumlah bila dah beli banyak banyak ni, mesti nak beli dari sumber yang murah, murah tapi bersih dan halal ka??? ikut la yang jenis jaga, depa akan titik beratkan tapi yakinkah kita dengan sumber kehalalan barang yang mereka gunakan???

    hehe...
    bawala bekal.... (^_^)

    ReplyDelete
  5. terima kasih kpd semua yg sudi komen.Nampaknya setakat ini ramai yg sokong bawa bekal ni...

    ReplyDelete
  6. Buat apa nak malu. Lagi sedap bawa bekal dari beli makanan kantin. Jimat, boleh kumpul duit. Tapi, saya jarang bawa bekal sebab mak sibuk hehe

    ReplyDelete
  7. anak saya tak kisah bawa bekal malah dia suka sebab tak perlu beratur..

    ReplyDelete
  8. suke bwak bekalan mskn dr umah sb bersih dan sedap

    ReplyDelete
  9. peristiwa yang x akan aku lupa kes bawa bekal kesekolah ni km7
    cucok kodok tergolek dalam bas, semua orang gelak , aku pun gelak sekali wat muka tebal x ngaku, dlm hati maluuuunyer masyallah......

    ReplyDelete
  10. sempat lagi gelakkan cucok kodok sendiri yer.heheh..
    kenangan terindah tu...

    ReplyDelete
  11. Kalau kat Jepun bawak bekal ni perkara biasa, sampaikan ada makanan yang dipanggil "bento", dan bento ni bukan setakat bekalan makanan yang mudah2, tapi pagi2 surirumah akan masak makanan yang agak berat dan lengkap juga, buat bekalan anak2 ke sekolah atau suami ke tempat kerja.

    ReplyDelete
  12. erm..dari skolah rendah n smpai le menengah xpernah bwk bekal huhu sb mak jarang wat sarapan.pe2 mkn kt kantin huhu.


    btw,thx atas tguran bro tuh.thx ssgt sb xprasan le plak masa wat huhu ;/

    ReplyDelete
  13. buat ms skrg, anak2 mmg tak bwk bekal ke sekolah. tp, sy mesti pastikan diorg bersarapan sblm ke sekolah.

    ReplyDelete
  14. gomokpendek suka bekallll!!! yeah..

    ReplyDelete
  15. selamba je bawak bekal.tapi kadang2 malas nak bawa sebab pastinya akan dengar orang kata 'nak!'

    ReplyDelete
  16. dulu masa sekolah hari2 bawak bekal,...nini janji jimat,.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.