expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 29, 2010

Sukarnya menulis blog

 (foto:Google)
" Wargghh.....apa ni...tak ada idea langsung nak menulis"
Pernahkah anda menghadapi situasi begini?
Mungkin ya,bagi kita yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.
bagi mereka yang sudah lama dalam dunia blog,
rasanya tak ada masalah langsung
letak jer jari kat keyboard  tu...lancar jer mengarang.

(foto:Google) 
KM7 rasa,sebelum menulis sesuatu entry tu eloklah
kita fikirkan siapa yang nak baca blog kita ni....dengan kata lain siapa target group
lepas tu baru kita fikirkan pula tajuk dan kandungan blog
ini yang susahnya kan....
nak cari idea yang bernas ni bukan mudah
*
*
*
 * 

 (foto:Google)
Idea ni sesuatu yang boleh datang bila-bila masa saja
mungkin semasa kita sedang memandu,makan,belajar atau bersiar-siar
atau semasa sedang berbual-bual.
Maka mulalah kita berkira-kira nak menulis tentang hal tersebut
Pernah tak anda mendapat banyak idea dalam satu-satu masa?
baguslah tu...lebih baik buat catatan terlebih dahulu
rasanya tak ramai yang buat catatan awal ni

 (foto:Google)
KM7 pun tak pernah lagi buat catatan awal ini.
biasanya pakai tangkap muat jer.hehehe
KM7 rasalah blog-blog yang bagus tu
mesti penulisnya ada buat perancangan awal
nak tulis isu apa.
barulah blog tadi berkesan dan mendapat sambutan.
tapi kan....kalau blog tu serius sangat
rasanya tak ramai yang akan baca sampai habis.
habis tu nak tulis apa?
Itu pun satu masalah juga
nak tahu apa yang orang nak baca
*
*
*
senang cerita,KM7 nak tanya 
pembaca blog Kembara Minda 7 ni 
Apa yang anda ingin KM7 tulis dalam blog ini yer?
mungkin pendapat anda tu boleh memberi idea baru
untuk KM7 terus menulis
(maaflah macam soal selidik pula) 

(foto:Google)
Apabila semuanya sudah beres...
seronok jer kita mengarang dalam blog kan..
semasa mengarang tu,rasanya kita tidak mahu diganggu kan!
tapi bagi yang sudah berkeluarga,cabaran tu banyak
juga apabila kita berjinak-jinak nak menulis blog ini.
Yer lah..kejap-kejap suami/isteri panggil
kejap-kejap anak-anak pula kacau.
hmm...kalau diambilkira semua tu jawabnya
tak dapatlah nak update blog ni setiap hari.
macam mana lah yer mereka yang dapat
upload lebih daripada satu entry sehari ni...tak de gangguan ker.
*
*
*
apa pun kalau dah minat tu
semua masalah boleh diselesaikan.
Oklah...selamat menulis blog kepada semua blogger
elok juga berkongsi tip
untuk mendapatkan idea dan menulis blog
yang baik dan berinformasi.

9 comments:

  1. tulis ape yang terlintas saje..
    kadang2 pengalaman lalu pun saye tulis..
    tapi saye kurang minat menulis macam diary..
    nak tidur bagi tau kat blog..
    deting makan pizza pun nak bagi tau..
    selalunye blog begini saye jarang baca habis..
    bosan..
    lagi satu kalau baca blog yang mukhadimahnye ialah.."aku rasa bosan betul hari ni.."
    tiba2 saye yang nak baca pun jadi bosan..hehhe...
    terpanjang pulak komennye..sori..

    ReplyDelete
  2. Diana
    alamak...
    samalah kita punya pandangan.
    hehehe
    apa pun terpulang kepada
    pembaca nak pilih blog mana yg mereka
    suka baca.

    ReplyDelete
  3. sy nak KM7 tulis tentang soalan bocor final exam sy pada minggu depan. Klu nak lebih bagus, beserta jawapannya skali.. hehe..

    ReplyDelete
  4. ni second time dtg sini, jumpa link kat chatbox
    first time singgah semalam kat entri makanan
    salam kenal

    betul tuh, bkn mudah nk mengarang kat blog
    blogger ni sebenarnya menguji tahap kreativiti diri utk menarik minat pembaca/follower
    tp, menulis utk kepuasan diri tuh lbh baik, klu ada yg follow baca/komen tuh lebih meriah dan bersemangat

    sy pun ada masalah gak, masalah tak pandai nk karang pendek2
    tu lah entri jadi panjang2,haha
    masalah tak?

    cadangan saya utk KM7 ni, kongsikan kisah pengalaman yg dpt dijadikan teladan
    sbb pengalaman msg2 adalah berbeza, dari situ kita dpt blajar dan fahami apa yg sebenarnya ada dlm kehidupan
    sama2 blajar erti kehidupan yg sebenar

    tak lupa kongsikan maklumat/info bermanfaat

    selamat berblogging

    (maaf, ecxited sgt smp terpanjang plak)

    ReplyDelete
  5. To:Rafhan
    alangkah bagusnya kalau KM7
    tahu soalan apa yg nak keluar
    boleh juga tulis kat sini.heheh

    To:Penaberkala
    salam kenal juga.
    terima kasih atas komen saudara.
    entri yg panjang tu menggambarkan
    penulisnya kreatif bermain kata-kata.
    tentu ada peminat tersendiri tu.

    ReplyDelete
  6. KM&...orait paa...x ada idea nak tulis blog dah jadi satu n3, kira ok tu....

    ReplyDelete
  7. opp silap nama tuan soriii...pagi sangat nii..

    ReplyDelete
  8. KM7...Salam perkenalan...

    Tula...mencabar sebenarnye nak menulis blog ni...Idea kena sentiasa ada...kadang2 dlm toilet pun leh pk nak cr idea...hehehehe

    ReplyDelete
  9. jika saya..menulis perkara yg di sekeliling saya..ttg keluarga, kerjaya dan perkara yg boleh dijadikan info...

    asalkan hal yg saya tulis..tidak menyentuh hati mana2 pihak..

    sharing is caring

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.