Thursday, October 28, 2010

Pembelian secara Online

(foto:Google)

Kemajuan dalam bidang sains teknologi banyak membantu manusia dalam kehidupan mereka.Semua perkara menjadi mudah dan pantas.Kali ini KM7 ingin mengutarakan satu isu iaitu pembelian secara online.Rata-rata dalam kalangan generasi muda sudah faham dan biasa dengan pembelian secara online ini.Seronok kan...dengan hanya mengadap skrin komputer anda boleh membeli barangan yang dikehendaki tanpa perlu bersusah payah memandu,mencari barang dan terpaksa beratur untuk membayar.

Kalau dulu kita dihidangkan dengan jualan secara langsung.Penjual akan datang ke rumah,pejabat,stesen bas atau di mana saja untuk menjual produk mereka.Ada baik buruknya.Sebagai pengguna mungkin perkara itu mengganggu privasi kita.Pada zaman yang penuh kesibukan ini, kita semestinya tidak mahu masa lapang yang terbatas itu diganggu oleh jurujual  yang datang ke rumah atau tempat kerja kita.KM7  percaya ramai dalam  kalangan kita yang  sering didatangi oleh jurujual ini. Serba salah juga dibuatnya. Yer la...masa kita nak berehat, mereka sibuk pula mempromosikan barangan jualan.Lebih parah lagi kalau ada yang marah-marah  kepada kita yang tak mahu membeli produk mereka.

Sebab itulah ramai generasi muda memilih untuk membeli secara online.Selain mudah,ia juga agak privasi kerana orang lain tidak tahu apa yang kita beli...Kalau jualan langsung tu...habis satu kampung tahu.Yer la...jurujual tu pasti akan bercerita kepada orang lain sesiapa saja yang membeli produk mereka bagi membuktikan produk mereka tu laris.Tapi bagi mereka yang suka menghebahkan apa yang dibeli, eloklah beli dengan jurujual secara langsung ini..dijamin anda akan popular dalam kampung,taman perumahan malahan di pejabat.

Perkara yang tak best pembelian secara online ini ialah kita tak dapat melihat sendiri kualiti barangan yang hendak dibeli itu.Mungkin ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan menghantar barangan yang tidak berkualiti, tidak seperti yang diiklankan.Kesian....bayaran telahpun dibuat.Selain itu kita juga tidak dapat membuat banyak pilihan dari segi barangan mahupun harga.Apatah lagi kalau yang menjual secara online tu tak banyak.Tapi KM7 rasa sekarang ni dah ramai yang menjual secara online...jadi ada ler juga pilihan tu.

Memang banyak kebaikan dan keburukannya.Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada selesa dan percaya kepada konsep pembelian secara online ini ataupun tidak.Tepuk dada  tanyalah selera.Pihak berwajib juga eloklah memantau jualan secara online ini untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa atau tertipu.




2 comments:

pN.rOs said...

ada pengalaman gak pasal beli online
baik:
selalu samapi on time + tayah penat berpusu kat pasaraya
buruk:
yg diorder tak sampai2 + samapai dlm keadaan yg tak memuaskan
...............hangin

KM7 said...

yer lah...hangin betul kalau yg di order tu sampai dlm keadaan rosak atau tak sampai langsung..
itulah risikonya.