expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 6, 2010

Televisyen

Biar apa pun bentuk dan saiz TV, fungsinya tetap sama

untuk menyampaikan berita,hiburan dan maklumat

kepada penonton setia

tak kira waktu,tempat atau situasi.


Namun sedar atau tidak

TV banyak mempengaruhi kehidupan kita

terutama aspek sosiobudaya masyarakat

juga perkembangan minda seseorang individu

yang banyak menghabiskan masa bersama TV.

Perkembangan pesat sains dan teknologi

menjadikan TV semakin sofistikated bentuknya.

menjadikan kita lebih seronok menontonnya.

Tidak mustahil ada yang semakin ketagih menontonnya

maklumlah macam-macam ada di TV sekarang.

Tak cukup dengan berpuluh malah beratus siaran,

tambah lagi dengan VCD,DVD dan apa-apa D lagi....

Persoalannya:

1. Berkualitikah rancangan yang ditonton itu?

2. Macamana dengan aspek kesihatan?kalau banyak

masa dihabiskan di depan TV

3. Kesan kepesatan ICT dan internet kepada TV?

dan banyak lagi.......

apapun,terpulanglah kepada

individu,ibu bapa,masyarakat, dan kerajaan

untuk memastikan TV berguna untuk

pembentukan generasi berilmu dan berwawasan.



5 comments:

  1. dulu masa saye kecik2
    kat umah ade tv yang ade pintu tu..
    nak tengok tv ade masa nye..
    kalau bukan masa tengok tv,tokwan saye akan kunci pintu tv tu..jadi tak de sape2 boleh bukak.
    hehhe

    ReplyDelete
  2. To:Diana

    bagus kan dulu2 TV ada pintu....
    boleh kunci time tak mahu budak2 tengok.
    skrg ni...senang jer nak buka TV.....

    ReplyDelete
  3. jika tiada rancangan best @ sesuai.. x perlu la buka.. bazir letrik jer kan..

    tp kat rumah kakyong ni selalu ON DVD utk anak2 belajar... kdg2 nak tengok berita pun tak leh,,

    ReplyDelete
  4. yeah!paling latest tb yang ade LED.fuh! memang kayo!hehe.;-)Tak lama lagi,tb leh connect ngn internet lak.huhu.;-)

    ReplyDelete
  5. lama x tgk tv sejak kenal dunia blog ni.. tgk cite tv yg hot2 saje :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.