expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 2, 2010

Beruntungnya orang pandai bercakap ni....

Cuba perhatikan orang-orang sekeliling anda.Mesti ada kalangan mereka yang pandai bermain dengan kata-kata,atau dengan kata lain orang yang pandai bercakap.Hmm..tentu kebanyakan mereka ni beruntung kerana pandai menggunakan kebolehan diri.Antara kelebihan mereka;

1.   Boleh meyakinkan seseorang tentang sesuatu perkara.haa..kalau kat pejabat,orang macam ni suka sangat membodek bos..hehe..betul tak?Kesian orang yang tak pandai bermain kata-kata...walaupun kerja bagus tapi tak pandai mengampu bos...lambatlah naik pangkat.

2.   Cepat dikenali.Percaya tak?orang pandai bercakap ni selalunya mudah mendapat kawan.Ke mana saja mereka pergi,senang jer mendapat kawan baru.Berbeza dengan yang tak banyak mulut...hmm nak tegur orang pun susah.Bukan sombong cuma segan kot-kot orang tak layan,malu pada diri sendiri.

3.   Pandai menyembunyikan kelemahan diri sendiri.Yer lah...dah pandai bercakap kan...bolehlah buat pelbagai alasan untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri.Jadi orang lain tak tahu kelemahan mereka ni.selamatlah tu....

4.   Sering diberi kepercayaan untuk mengacarakan sesuatu majlis.Biasalah kan...mereka ni suka berdepan dengan khalayak,maka kalau dapat mikrofon tu...tak ingat dunia dah...tengoklah pengacara-pengacara TV dan deejay radio tu.kan mereka ni pandai berkata-kata...

5.   Banyak lagi kelebihan mereka ni...anda pun sendiri maklumkan..Jangan buat-buat tak tahu...kelemahan pun banyak juga tau...antaranya.. mungkin ada kalangan orang yang pandai berkata-kata ini tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.Terutamanya dalam perkara 1 di atas.

6.   Anda pula bagaimana?pandai bercakap ker atau pandai menulis dalam blog jer?hehehe...jangan marah,bergurau jer tu.

10 comments:

  1. saya menulis dalam blog pun tak berapa nak pandai..
    bercakap lagi la..
    biasa2 saja..
    tengok keadaan la..
    kalau 24 jam bermulut manis saja
    orang pun tau pulak kita berpura2 je..
    heheh

    ReplyDelete
  2. mmg bgs yg pandai bercakap.. biasa ramai kawan.. kadang tu ramai tak suka juga..

    sop jenis tak pandai bercakap..
    tulis blog pun kurang pandai..
    apa yg pandai?
    tah ler.. huhuh

    nice topik bro

    ReplyDelete
  3. post yg mnarik..ader klebhan ader juga kekurangan,lumrah kehidupan.....
    Senjata umat islam adalah doa,sama2 kita amalkan;
    “Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.”
    maaf seandainya ucapan diatas tidak menyenangkan saudara..
    blog anda sangat menarik..teruskan penulisan anda..anda pasti maju

    ReplyDelete
  4. pandai bercakap pun bahaya jugak.. kate org, pandai bercakap ni pandai nak membelit ayat. hehe

    p/s: saya dah tag awak! kalau sudi, mehlah dtg tgk kat blog say k? =)

    ReplyDelete
  5. @betul tu KM7 kat sini pun ada seko...huhuh.....

    ReplyDelete
  6. terima kasih kpd.semua yg memberi komen kat entry ni.

    ReplyDelete
  7. sekadar pendapat peribadi

    kdg2 diam itu lebih baik, tapi pendiam itu tidak elok nnt org kata sombong
    klu byk ckp pun tak guna klu byk sakitkan hati org dan merimaskan
    jadi, berpada-pada dlm percakapan
    sekadar perlu

    dalam penulisan, plg penting jaga tertib dan pendapat
    terlajak perahu blh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    nice topik utk difikirkan bersama

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.