Tuesday, November 2, 2010

Blogku...rumahku...


Salam semua.Kali ini KM7 ingin berkongsi pendapat tentang blog.Tengoklah tajuk tu.Kenapa pula blogku rumahku?hmmmm ada yang meneka menulis blog dari rumah lah tu.heheh.Sebenarnya sebagai blogger,blog kita tu menggambarkan rumah kita.Macam mana pula tu?

   Sebelum kita mempelawa rakan-rakan datang ke rumah,eloklah dipastikan rumah kita tu sesuai untuk dilawati.Begitu juga blog,haa...sebelum rakan-rakan blogger datang buat lawatan,eloklah blog kita tu kemas,bersih,cantik dan sebagainya.Bab ini agak subjektif.Masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri untuk menghias blog.

   Ada orang suka blog mereka penuh dengan aksesori supaya pelawat akan berada lama-lama dalam blog mereka melihat-lihat aksesori yang dipamerkan.Bagi KM7 sendiri,masa mula-mula buat blog dulu macam tu lah.Semua benda nak dimasukkan ke dalam blog.Tapi sekarang ni,tengoklah apa yang ada dalam blog KM7 ni...kosong jer kan.Macam rumah takde perabot jer.hehhe.Jam pun takde...kesian...takpelah harap pelawat tak bosan datang ke blog KM7 ni.

   Satu lagi tentang shoutmix box tu...Ini ibarat tempat tuan rumah bertegur sapa dengan tetamu yang datang.Jadi eloklah jika diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh tetamu.Ibarat kalau kita pergi ke rumah orang,tuan rumah asyik menyorok jer...lama-lama kita akan rasa malas nak ke sana lagi.betul tak?ermmm satu lagi pasal background blog kita tu,macam cat dinding rumahlah.Ada yang suka colourful,berbunga-bunga dan sebagainya.Bagi KM7,suka dinding yang kosong jer...hehhe mesti ada yang boring kan..tapi sesekali tu KM7 tukar juga cat dinding blog tu...ala..macam nak raya la..cat baru.

   Pasal header tu..bagi yang kreatif tu bolehlah buat macam-macam kan.Yang biasa tu ok juga asalkan orang tu rasa berkenan nak masuk...Alaa..kira macam pintu masuk rumah la..dari jauh lagi orang dah nampak..Ada orang selalu tukar header mengikut musim,tapi KM7 tak tukar header lagi tu..supaya senang pelawat-pelawat ni cam blog KM7..heheh.Bayangkan kalau selalu tukar pintu rumah...boleh keliru tetamu kita tu kan.hehhe..followers tu pula macam tetamu istimewa kitalah..kena jaga hati mereka ni.

   Oh ya..ada juga blog-blog tertentu yang memaparkan semua gambar pemilik blog,ahli keluarga,datuk nenek hinggalah kekasih hati...Kalau ibarat rumah,macam tuan rumah ni nak perkenalkan semua orang yang ada dalam rumah tu kepada tetamunya.Kira macam peramahlah tu.Tapi kena ingat juga...kebanyakan tetamu yang mengunjungi blog ni tak banyak masa...sebab banyak lagi blog lain nak pergi..jadi tak bolehlah nak beramah mesra sangat....heheh..

   Pasal entry pula...haa ini bab yang paling penting..entry ni ibarat perkara utama atau topik utama perbualan kita dengan tetamu yang datang.Mungkin juga hidangan yang kita sediakan buat tetamu.Jadi eloklah disediakan sebaik mungkin agar tetamu tidak bosan atau merasakan kunjungan mereka ke blog kita tu tidak berbaloi.Bagi tetamu yang selalu datang ke rumah kita,mestilah nak dengar perkara-perkara baru kan...jadi blog juga eloklah disediakan entry yang baru (sentiasa ada entry baru).Barulah pengunjung tak jemu-jemu datang.

   Banyak lagi nak kongsi,tapi dah panjang ni nanti boring pula.Lain kalilah kita sambung lagi.Semua yang tertera di sini adalah pendapat peribadi KM7.Kalau ada yang terasa hati,terlebih dahulu KM7 mohon maaf.Ok...selamat berblogging.

5 comments:

Siti said...

betul²..

bg siti plak, shoutbox tu mcm anjung rumah kita. sbb tetamu akn mula² pergi kt anjung bru masuk dlm rumah.

entry tu plak mcm ruang tamu kita. tempat kita nak borak². hee~ hanye pendapat siti je.. =)

si biskut said...

semua harus dipertimbangkan dengan sewajarnya.Patut ada atau tak patut ada.janji tak semak.

Zezebel said...

Salam kenal.
Boleh masuk ke rumah ke? Takde muhrim ni?
Hehehehehe.... Dah nama blog tu macam rumah kan? Jadi takut plak nak masuk.

KM7 said...

zezebel,
salam kenal juga.
masuk ler...kalau pintu rumah terbuka ni
maksudnya tetamu boleh bertandang kerana tuan rumah dah bersedia...takpe..ramai dalam rumah ni.hehehe

Cikgu Nurin said...

Assalamualaikummm..tuan umahhh...oooo tuan umah....nak bertandang ni....