expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 18, 2010

Lembu Qurban hilang!!


       Salam semua.Masih sibuk berhari raya?waaa...penatnya kan.Maklumlah semalam dah sehari suntuk mengerjakan lembu-lembu Qurban.Pastu pula makan nasi menu yang sama,daging...daging...daging.Nak buat camana kan,dah musim Qurban,makan aje la...

      Semasa beraya semalam kat sebuah kampung (nama kampung dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan),terdengarlah kisah-kisah lembu Qurban yang dicuri.Bukan seekor tetapi berekor-ekor,bukan dalam satu masa tetapi hari-hari yang berlainan.Ishh..memang  pencuri lembu-lembu jenis orang tak bertamadun kot.

      Modus operandinya hampir sama,lembu-lembu tu dicuri pada sebelah malam atau awal pagi masa tuan-tuan lembu tu sedang enak dibuai mimpi.Sedar-sedar pagi esoknya lembu tu dah takde dalam kandang atau tempat ia ditambat.Kesian betul tuan punya lembu tu.Kesian lagi orang-orang yang dah menempah lembu tersebut untuk melaksanakan ibadah Qurban.Agaknya pencuri tu buat apa dengan lembu-lembu tu?takkan nak bela kot...mesti dijualnya.haa...pembeli tu pula siapa?Nampak macam ada konspirasi pula.Sepatutnya pembeli lembu tu buat je laporan polis.

      Kejadian ini bukan kali pertama berlaku.Jadi eloklah diambil pengajaran agar sentiasa mengawasi orang-orang yang tidak dikenali yang sering keluar masuk kampung.Nak ambil pengawal keselamatan ker untuk menjaga lembu-lembu Qurban ni?atau ada cara-cara lain yang lebih efektif?

      Selamat menjalankan  ibadah Qurban.Selamat hari raya Aidiladha.

3 comments:

  1. hari ni saya bangun pagi pening kepala..
    banyak makan sup daging semalam gamak nye..

    ReplyDelete
  2. <((((((((((((((((◕‿◕)⊰
    salam iduladha..
    *cowie ckg, lmbt wish*

    ReplyDelete
  3. hahah...gemukkkknye lembu...
    isik ke angin tu..heee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.