expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 4, 2010

Cuti sekolah:Masa untuk bermesra?

(foto Google)


Assalamualaikum.Salam ceria.

Musim cuti sekolah terus berlalu.Sudah ada aktiviti atau ke mana? atau masih merancang?.KM7 belum sempat bercuti lagi.Masih ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.sampai bila pun kerja  takkan habis kan...

Orang kata masa cuti inilah peluang untuk kita sekeluarga bermesra.Sebelum ni tak mesra ker?Mesra juga...cuma kurang sikit.hehe....maklumlah masing-masing sibuk.Tambah lagi kalau ada kalangan ibu bapa yang sememangnya sibuk 24 jam dan anak-anak pula sibuk dengan persekolahan.

Masa cuti sekolah macam ni lah sesuai untuk mengadakan aktiviti bersama seperti berkelah,melancong mahupun aktiviti sosial yang lain.Paling tidak pun,bermesra di rumah sendiri.

Apabila semua berkumpul di rumah maka masing-masing dapat beramah-mesra.Tak kurang juga akan menyakitkan kepala ibu bapa apabila semua anak berkumpul dalam satu-satu masa.Macam-macam hal...rumah jadi kapal pecah.hehe..

Apapun aktiviti yang dilakukan pada masa cuti ini..eloklah dilakukan bersama ahli keluarga agar kemesraan  dan kasih-sayang akan bertambah.Selamat bercuti.....

3 comments:

  1. saya tak de anak yang bersekolah..
    jadi aktiviti macam biasa je..
    heheh

    ReplyDelete
  2. salam,
    adik beradik ada ajak berkelah sana-sini.. masalahnya kita pula sedang nunggu hari.. tapi ikut kata hati... memang teringin.. cikgu cuti tapi yang bukan cikgu bukan senang nak dapat cuti masa cikgu cuti.. nak taknak inilah masanya..

    ReplyDelete
  3. diana,
    xtvt biasa pun best juga kan.

    cikguisza,
    bersabarlah menunggu hari..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.