expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 2, 2010

Janjimu memang manis

Assalamualaikum,salam ceria.Kota Bharu hari ini hujan....

Memperkatakan tentang janji...memang seronok,kerana janjimu memang manis.Cewah...macam judul sebuah lagu popular sedikit masa lalu...janji manismu....Hari ini KM7 akan berbicara pasal janji.

Memang semua orang yang berjanji itu akan menjanjikan yang manis dan indah belaka.Bak kata pepatah menanam tebu di bibir mulut.Kita yang mendengarnya pasti terpikat dengan janji mereka itu.

Salah satu contoh janji manis ini ialah seseorang meminjam wang daripada kita dan berjanji akan memulangkannya dalam jangka waktu tertentu.Dek kerana percayakan janjinya itu atau kasihankan dia maka kita pun berilah wang yang  ingin dipinjamnya itu.

Apabila tiba masa.....macam-macam alasan diberi untuk tidak melangsaikan hutang tersebut.Aduh! terkena lagi....  Nak marah-marah pun kena pada kawan baik sendiri ataupun saudara-mara terdekat.Pengajarannya...tak payah bagi pinjam untuk kedua kalinya....betul tak?

Itu baru satu contoh janji manis.Ada banyak lagi janji-janji manis lain yang menjadi pahit bagi kita seandainya janji itu tidak ditepati.Janganlah berjanji sekiranya kita  tidak mampu menunaikannya.Belajarlah menjadi seseorang yang cakap serupa bikin.

6 comments:

  1. satu lagi masalahnye bile oghang dok pinjam duit kite....kite ni bukan jenih yang gheti nak memintak2 pade die...... die pulak bulih buat tak tau jee......

    ReplyDelete
  2. Peminjsm tu memang pandai cari org yg jenis tak gheti nak memintak2...senang keje dia..

    ReplyDelete
  3. saya ni kalau orang mungkir janji pasal duit memang tak boleh terima la.
    pasal lain tak pe lagi.
    tapi kalau membabitkan duit memang terkilan la..

    ReplyDelete
  4. saya ni kalau orang mungkir janji pasal duit memang tak boleh terima la.
    pasal lain tak pe lagi.
    tapi kalau membabitkan duit memang terkilan la..

    ReplyDelete
  5. tak bagi kesian plak km7
    sy pun byk kali kena
    tp sabor je la selagi dia bayar

    tp ada gak yg jenis tak bayar
    kepada yg suka meminjam tuh, igtlah hutang wajib dibayar walaupun x dituntut

    ReplyDelete
  6. orang-orang camni bila dy nak pinjam duit@ etc. ngan kite kite kenelah soh dia janji balik ngan kita..buat surat perjanjian skali.nanti bila sampai massa nak tuntut kan ade 'kemudahan' siket nk mtx ganti..takde la terkilan sangat kann..hahak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.