Monday, December 13, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 2 Bahagian 2 KLCC

 Assalamualaikum dan salam ceria.
Bertemu lagi dalam catatan kembara KM7.Semasa catatan enty ini dibuat,KM7 berada di Serdang dekat dengan UPM.Kali ini KM7 akan paparkan aktiviti hari kedua (11/12/2010) KM7 bersama keluarga di KLCC.Bangunan pencakar langit ini memang tidak asing lagi kepada kita semua.KM7 pun dah beberapa kali ke sini sebelum ini

 Haa...tu dia anak-anak KM7 bergambar depan KLCC.Bukan senang nak minta dua orang ni bergambar.Mereka ni memang tak mesra kamera.Macam biasalah masa ni ramai pelancong asing juga merakamkan gambar mereka di sini.Macam-macam gelagat dan aksi mengalahkan model pun ada.

Sekarang mari kita membeli-belah pula kat Suria KLCC.Ramai betul orang kat dalam ni.Tapi yang shopping nampaknya taklah ramai sangat.KM7 rasa ramai yang ke sini untuk window shopping   saja.Yang kat luar bangunan ni lepak-lepak jer tengok air kolam (bukan kolam ikan atau kolam mandi tau!).Salah satu perkara yang KM7 nak ingatkan,bayaran masuk ke tandas di sini bukannya 20 sen tetapi RM2. 

OK..cukup dulu setakat ni,Entry seterusnya nanti KM7 akan paparkan catatan kembara KM7 
pada hari ketiga.


2 comments:

cikgu isza said...

cantik gambar2 tu..
kena tahan kehendak nak bercuti jauh buat sementra ni..

Naisophon X said...

Kalu KM7 nak jimat RM2, boleh pegi tandas kat KLCC (convention center).. Tempat orang wat pameran tu. Jauh sikit, tapi melancong kan? Boleh tengok pemandangan sekeliling sementara gi tandas,

Tandas KLCC (convention) mmoden, decorated. Tak pernah jumpa tandas gitu kat kelantan. haha..