expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 8, 2010

Lelaki mengandung:Di manakah silapnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tengok lelaki mengandung?
Opss..sebelum tu maaf dulu
bukan mengandung macam perempuan tau!
Ini kes mengandung yang tak pernah bersalin
biarpun dah bertahun-tahun.

senang cerita...kisah lelaki boroi....
Di negara kita memang ramai
dalam kalangan lelaki yang perutnya
agak maju ke depan.
Terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin.

Kenapa ya?
Ada pendapat mengatakan  lelaki
yang sudah berkahwin ni makan minumnya terjaga.
Isteri pula suka kalau suami makan banyak
masakannya...Bukti dia masak sedap.

Jadi tak salahlah kan
Kalau perut suaminya tu boroi
dek kerana makan banyak kat rumah.
Itu sebagai tanda kerajinan isteri memasak.

Apapun sebagai lelaki eloklah
menjaga kesihatan diri,
termasuklah bahagian perut tu.
Bimbang ada yang akan bertanya
dah berapa bulan?bila nak bersalin?
ho..ho...malunya...

3 comments:

  1. laki boroi lepas kawen sbb dah x byk xtvt kat luar..klu bujang dl mcm2 xtvt leh wat and mkan pn x terjaga..hehe so potensi boroi memg tgi tuk laki2 yg dh kawen...

    ReplyDelete
  2. saya suka kalau suami makan banyak2..
    tapi kalau boroi tak elok la..
    dia pun tak suka kalau berat badan dia naik.
    mujur la suami saya ni
    aktif bersukan..
    lepas balik kerja mesti nak
    pergi main takraw la..
    main futsal la..

    ReplyDelete
  3. buncit sikit tu okay la.. jangan boroi sangat.. kalau suami nak isterinya jaga penampilan, isteri pun berharap perkara yang sama pada suaminya..
    p/s : ni pendapat orang bujang.. he3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.