Wednesday, December 8, 2010

Ahh...hilang selera...!

Assalamualaikum dan salam ceria.

Cerita pasal makan,
Sesekali tu nak juga makan kat luar kan.
Dalam banyak-banyak kedai makan
KM7 singgahlah satu kedai ni.
Nampak ramai jer pelanggan.

Suasana dalam kedai makan ni biasa-biasa saja.
Belum pun order makan,anak pula buat hal
nak buang air kecil.
Tanya tandas...
Pergi tandas...gelap jer sebab lampu rosak.
Dahlah gelap, pintunya rosak..kena angkat nak buka tutup.

Tandasnya pula dekat jer dengan tempat bancuh minuman.
Anda bayangkan sendiri macamana kan...
pastu kat nampak cam tak bersih jer.
lantainya pula basah semacam jer.

Keputusan diambil
tak jadi makan kat situ..
Buat alasan anak nak balik.hehe..
bungkus  roti canai jer bawa balik.
Itupun takut tuan kedai tu kecik hati.

Pesanan kepada pemilik-pemilik kedai makan,
Jagalah kebersihan premis masing-masing.
Berilah keselesaan kepada pelanggan.
Jangan nanti apabila pelanggan lari
baru terfikir nak tarik semula pelanggan tu.

Sebagai pelanggan dan pengguna
Kita berhak membuat pilihan.

5 comments:

ahsfantasy24 said...

huhu..
ckgu, klw nk mkn kt rstoren, ade baikny kte g jenguk dapur die tu.. ^^,

ahsfantasy24 said...

huhu..
ckgu, klw nk mkn kt rstoren, ade baikny kte g jenguk dapur die tu.. ^^,

Anonymous said...

saya setuju tu..sebagai pengguna kita berhak membuat pilihan.

diana said...

saya kalau pi makan kat luar memang tak suka pinjam tandas kedai tu.
walau restoran hebat cemana pun.
sebelum keluar umah sayya paksa anak pi buang air siap2 sebab tak nak masuk tandas kedai.takut jadi macam cerita ni la...
hahaha

Skype Crew said...

klu skype blk c2 jer..ckp ade hal, emergency..huhu..

xlalu skype nk mkn/minum klu da kotor c2..