Thursday, December 23, 2010

Sukanya apabila berjaya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini seperti semua sedia maklum
keputusan PMR telah diumumkan.
Ada yang gembira dan ada yang berduka.
Tahniah kepada calon PMR 2010
yang mencapai keputusan cemerlang.
Hasil usaha anda selama ini telah terbukti.

Jangan lupa titipkan ucapan terima kasih
kepada guru-guru,ibu bapa dan mereka
yang memberi sokongan dan dorongan
kepada anda selama ini.

Jadikan kejayaan ini sebagai
titik permulaan untuk terus cemerlang dalam SPM kelak.
Andalah harapan keluarga,masyarakat dan negara
untuk terus cemerlang.

Kepada yang kurang berjaya,
jangan patah semangat
kerana perjalanan hidup anda masih jauh.
Masih banyak peluang untuk anda
terus membuktikan yang anda
juga mampu melakukan yang terbaik
suatu hari nanti.

Percayalah kegagalan hari ini
bukanlah kegagalan untuk selamanya.
Asalkan anda bangkit dari kegagalan itu.
Teruskan usaha....

2 comments:

whitecappuccino said...

Kejayaan amat manis..kegagalan pula satu pengalaman untuk terus bangkit kehadapan.

diana said...

jadikan kegagalan sbagai tangga untuk mendaki semula menuju kejayaan..