Thursday, January 6, 2011

Banjir datang lagi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hujan

Hujan

Hujan

Sejak malam tadi hujan turun
tak henti-henti di Kelantan,
khususnya di daerah Kota Bharu ini.
Hari ini sungai-sungai mula melimpah,
dan air mula memenuhi
kawasan yang rendah.

Hmm... nampak gayanya
banjir mula melanda Kelantan,
untuk kali kedua.
Kali pertama Disember dulu,
tak banyak kawasan yang terlibat.
Kali ini,tak tahu lagilah,
harap-harap keadaan ini
tidak berpanjangan.

Untuk ke tempat kerja hari ini
pun terpaksa meredah hujan yang agak lebat.
Nak balik dari tempat kerja
juga beberapa kawasan sudah
tidak boleh dilalui kerana
air sudah melimpah ke atas jalan raya.

Seperti biasa banyak
juga kereta yang tersadai
di tepi jalan raya kerana
mengalami masalah kerosakan enjin
dek kerana terpaksa meredah air.

Esok dan seterusnya
keadaan belum pasti.
Nasib baik esok dan lusa cuti,
jadi tak perlu fikirkan
masalah untuk ke tempat kerja.

Kalau keadaan berlanjutan,
nampak gayanya ada yang terpaksa
ambil cuti kerana tidak dapat
ke tempat kerja.

Apapun dalam keadaan banjir ini,
semua pihak perlu berwaspada
dan berhati-hati.
Kanak-kanak juga jangan bermain air tau!

3 comments:

whitecappuccino said...

lebihkurang sama la dgn tempat saya..air sungai dah melimpah.

student said...

banjir dah turun brape hari cikgu? lebat tak berhenti-henti yer?

Em, area Kubang Kerian ada nampak mcm nak banjir dgn nak naik air ke?

Moga dipermudahkan semua dan dikurniakan ketabahan ye..:)

KM7 said...

to student;
hujan tak berhenti baru hari ni..
cepat betul air naik.tapi area kubang kerian tak banjir.