Friday, January 7, 2011

Rumahku syurgaku


Asalamualaikum dan salam ceria.

Orang kata rumahku syurgaku..
betul ker?mungkin ya mungkin tidak.
Bergantung kepada situasi masing-masing.
Ada orang,rumah cukup mewah
tetapi tiada kebahagiaan.
Ada orang,rumah cukup daif
tetapi penuh kebahagiaan.

Foto di atas tu KM7 rakamkan
sekitar Chow kit,Kuala Lumpur.
Rumah pangsa macam ni memang
biasalah di sekitar bandar raya.
Ada yang menggelarkan rumah macam ni
sebagai sarang merpati.
mungkin sebab reka bentuk luarannya.
Biasalah kan hidup di kota raya ni
nak tinggal di rumah banglow bukan
sesuatu yang mudah dan mampu.

Secara peribadi KM7 rasa tak sesuai
tinggal di rumah macam ni.
Sebab tu lah KM7 tak tinggal di Kuala Lumpur tu.
Lebih selesa rasanya tinggal di kampung,
dengan rumah yang tak payah guna lif
kemudian ada sedikit halaman buat anak-anak
bermain di waktu lapang.

Apapun jenis rumah yang kita duduki,
perkara yang paling penting ialah
pengisian rumah tersebut dengan
cahaya kebahagiaan.
Supaya kita rasa selesa dan gembira
apabila berada di dalamnya.

5 comments:

sarah-najwan said...

salam..

seme org hdk dok rumah luas dan besar..

ikut kemampuanlah..ikut rezeki masing2..

whitecappuccino said...

Ye! rumah ku syurga ku! suka tinggal di kampung..ada laman, ada pokok2 buah.

hans said...

betul2
rumah akan menjadi syurga jika isi dan orang didalamnya hidup dengan bahagia

P/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

an nur said...

4 sure la kat kmp0ng lagi best! boleh je tinggal anak2 men kat padang,, xyah risau kena culik pon.

BUNGA said...

saya lebih suka tinggal di kg.. lg pun saya memang org kg :)