Tuesday, March 1, 2011

Adilkah manusia?

Seringkali kita akan mendapat
layanan istimewa,
puji-pujian,dan segala kemudahan lain,
apabila kita tergolong dalam kategori
manusia yang berpangkat,berkuasa dan kaya-raya.

Kalau kita dalam situasi
tidak berkuasa,tidak berpangkat
apatah lagi miskin hina...
adakah kita akan mendapat
layanan sebaik mereka 
yang ada kedudukan dalam masyarakat?

Jadi adakah manusia itu adil?
Pastinya sukar untuk mencari manusia
yang betul-betul adil tanpa kepentingan peribadi.

Justeru..
kembalilah kepada Allah.
Yang menerima semua hambaNya 
tanpa mengira kedudukan.pangkat,kuasa,
bangsa,rupa paras atau sempadan geografi,
asalkan hambaNya itu melaksanakan semua suruhanNya
dan meninggalkan semua laranganNya.

3 comments:

mrs.sabri said...

memang manusia tidak berlaku adil sesama sendiri..bukan hanya setakat masyarakat sekeliling malah dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri sudah ada ketidakadilan di kalangan ibu bapa yang memilih kasih di antara sebilangan anak2 mereka..

cikpuanhady said...

adil itu apabila kena pada tempatnya..

jom tukar-tukar link nak..me letak urs under hommes..

Jom skodeng :My blog : Notre Belle Histoire


Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Hansyitake~ said...

yerp, betul tu.. kembali kepada Allah adalah segala-galanya... dunia ni sementara shj..