expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 1, 2011

Jom merentas desa !


Merentas desa...apakah itu?
hmm kalau anda pernah bersekolah di Malaysia
mesti tahu acara merentas desa ni kan.
Sejak zaman KM7 bersekolah dulu
sampailah sekarang
acara ini masih relevan untuk dijalankan.

Kenapa KM7 
bercerita pasal merentas desa pula ni?
hmm sebenarnya pada pagi ini
acara merentas desa telah
dilaksanakan di sekolah tempat KM7 bertugas.

Seronok juga budak-budak ni berlari.
Selain dapat menyihatkan badan,
acara ini memberikan peluang kepada
pelajar mengenali desa persekitaran sekolah mereka.
Hadiah dan kemenangan
mungkin menjadi motivasi bagi sesetengah pelajar.
Tapi apa yang lebih penting
adalah semangat kesukanan.

Semoga acara ini 
akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

6 comments:

  1. kalau masuk merentas desa,
    selalunya
    saya golongan yang jauh dibelakang
    :)

    ReplyDelete
  2. saya pun suka merentas desa..
    dulu masa acara merentas di sekolah. saya la yang paling awal sampai sebab ikut jalan lain.. haha

    ReplyDelete
  3. sape yg menang tahun ni ckgu???
    hanafi lagi ke???

    ReplyDelete
  4. dulu time skolah dulu selalu gak merentas desa ni...
    mende wajib...
    x gi kang kene blacklist lak...
    siap wat program kutip derma lagi...
    huhu...

    ReplyDelete
  5. Time sekolah menengah dulu, pernah kena kejar anjing masa merentas desa.

    ReplyDelete
  6. rndu pulak time2 camni..huhu..
    smoga shafie menang laa tahun nie.. amiin~ ^^

    tak menang merentas desa pon, kseluruhan sukan pon okey la...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.