Saturday, April 9, 2011

Kepada semua wanita...berhati-hatilah !

Foto hiasan:Google

Kepada semua yang bergelar wanita,
tak kiralah status anda
sebagai anak,remaja,pelajar sekolah,
pekerja,isteri atau ibu,
jagalah maruah diri sebaiknya.
Berwaspadalah terhadap persekitaran.
Banyak kes cabul dan rogol akhir-akhir ini.
Nak salahkan lelaki 100 peratus
dalam hal ini pun tak boleh juga kan...
Kepada pencabul dan perogol pula,
tak terfikirkah mereka kalau hal ini
terjadi kepada anak,isteri atau ibu mereka sendiri?
Kali ini mari kita ambil 
iktibar daripada 2 kes di bawah....

Penceroboh perkosa wanita  

GOMBAK: Seorang wanita ditutup mata, diikat tangan dengan tali sebelum dirogol seorang lelaki yang menceroboh bilik tidurnya di rumah kedai yang disewa berhampiran Stesen Bas Rawang, dekat sini, Rabu lalu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an tidur bersendirian di rumah itu selepas pulang kerja kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka terjaga daripada tidur apabila mendapati lehernya dicekik seorang lelaki sebelum matanya ditutup dengan kain.
“Tindakan lelaki itu mengakibatkan mangsa terkejut dan berlaku pergelutan ketika cuba mempertahankan diri, namun gagal, malah suspek turut mengikat tangan mangsa dengan tali.

“Selepas menghalang mangsa meronta-ronta, lelaki itu menyelak baju dan kain mangsa sebelum merogolnya.

“Mangsa yang tinggal berseorangan di bilik itu tidak menyangka dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit yang gagal dikenali kerana ketika kejadian matanya ditutup,” katanya.
Sumber berkata, puas mangsa merayu dilepaskan, namun suspek tidak menghiraukannya, malah bertambah ghairah meratah tubuh wanita terbabit.

“Selepas merogol, suspek mengambil dompet mangsa dan melarikan diri.
“Malah, mangsa dibiarkan tanpa dilepaskan ikatannya. Mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, namun suspek melarikan diri,” katanya Mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika kejadian itu berulang.
Petikan MyMetro 9/4/2011

Pelajar dakwa dirogol bomoh
JITRA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dirogol seorang bomoh ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan tradisional yang kononnya untuk membuang makhluk halus yang merasuk badan gadis berkenaan di rumah suspek di Simpang Kemboja di sini, malam Selasa lalu.

Difahamkan gadis berkenaan datang bersama bapanya ke rumah bomoh berusia 36 tahun itu untuk berubat pada petang Isnin lalu, bagaimanapun diminta untuk datang semula pada malam esoknya (Selasa) kononnya untuk membuang makhluk halus yang masuk ke dalam tubuh gadis itu.


Gadis itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam di sini, datang ke rumah bomoh berkenaan bersama bapanya kira-kira jam 8.30 malam sebelum diminta untuk ke sebuah bilik bagi memulakan rawatan perubatan tradisional berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohamad Yusof, berkata bomoh itu dipercayai mengambil kesempatan merogol pelajar berkenaan ketika sedang berdua-duaan di dalam bilik terbabit untuk merawat mangsa.


"Bapa mangsa tidak menyedari perlakuan keji bomoh berkenaan terhadap anak gadisnya kerana diminta menunggu di ruang tamu rumah berkenaan ketika 'sesi rawatan' dan hanya menyedari anaknya dirogol selepas dimaklumkan mangsa pada keesokannya.


“Bapa mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Rabu lalu sebelum tangkapan dilakukan petang hari sama di tempat kerja suspek iaitu di sebuah syarikat ternakan udang di sini kira-kira jam 7 petang," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Difahamkan, isteri dan anak suspek turut berada di rumah berkenaan ketika dia melakukan perbuatan terkutuk itu.


Ibrahim berkata, bomoh berkenaan direman empat hari bermula kelmarin dan suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.


"Kita sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini selain mengesan sama ada suspek pernah melakukan jenayah sama kepada pesakit wanita yang mendapatkan rawatan dengannya.


"Justeru, polis menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati ketika membawa anak gadis mendapatkan rawatan tradisional dengan bomoh atau dukun kerana kita dapati kes seumpama ini sering berlaku," katanya.
Petikan Berita Harian Online 9/4/2011

2 comments:

Inani said...

takut la plop sero..haishh

zmah said...

Berhati-hati sepanjang masa.