expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 2, 2011

Lebihan guru,Petrol dan Anak Luar nikah

Gambar hiasan:Google

Hari ini KM7 ingin berkongsi
beberapa berita menarik yang KM7
baca dalam akhbar.
Isu kali ini berkaitan dengan lebihan guru Sains dan Matematik,
kenaikan harga minyak dan anak luar nikah di Selangor.
Di sini KM7 mengambil petikan daripada
berita tersebut sahaja.
Untuk maklumat seterusnya,
bolehlah anda dapatkan akhbar hari ini.

 

Lambakan babit guru belum terima penempatan

KUALA LUMPUR: Lambakan 26,000 guru opsyen Sains dan Matematik di seluruh negara bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sebaliknya pendidik yang belum memperoleh penempatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.Katanya, ramai graduan opsyen subjek itu di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta belum memperoleh penempatan berikutan lebihan penawaran guru di seluruh negara.
Semalam, akhbar ini menyiarkan laporan mengenai 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara, sekali gus gagal menjayakan tugas dengan penuh semangat.

KM7: Kasihan kepada guru-guru yang mengajar subjek bukan opsyen.Kasihan lagi kepada guru-guru yang masih belum ditempatkan di mana-mana sekolah.Nampaknya pemilihan kursus pendidikan sekarang ni bukanlah tiket untuk menjadi guru.Semuanya bergantung kepada kekosongan jawatan.

Harga RON97 ikut pasaran

KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam tadi, petrol RON97 dijual pada harga baru RM2.70 seliter selaras harga minyak mentah di pasaran dunia, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Penyelarasan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata, penyelarasan sebanyak 20 sen itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini AS$114 setong (RM345.19) minggu ini berbanding AS$105 (RM317) minggu lalu.


KM7:Penyelarasan harga lagi?hmmm kenapa tak letak tajuk harga petrol naik lagi?hmmm biasalah tu..supaya pengguna tak terkejut.Apapun kenaikan petrol tersebut akan turut menaikkan lagi harga barangan dan perkhidmatan.Nampaknya kena cari alternatif lain untuk mengurangkan penggunaan petrol.

257,000 anak luar nikah di Selangor

SHAH ALAM: Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan.

“Dalam tempoh itu, secara purata lebih 83 kes anak tidak sah dilaporkan di negeri ini setiap hari dan kita sendiri pun tidak tahu berapa banyak lagi anak luar nikah dilahirkan di luar sana.

“Masalah ini adalah amat besar yang direkodkan di Selangor. Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi,” katanya.

KM7: Terkejut dengan angka yang begitu besar.Itu yang direkodkan.Angka yang sebenar,tak tahulah...Macamanalah masyarakat kita pada masa depan kalau semakin ramai anak luar nikah ni.Keliru...keliru...

Sumber: Berita Harian Online 2/4/2011




5 comments:

  1. Kalu saya tak salah, majoriti anak luar nikah dalam statistik tu non-muslim.

    Chinese saje about 70%


    Bagi saya, takde lah membimbangkan sangat,

    ReplyDelete
  2. Walau apa saja isu yang timbul dalam paper hari ini,semuanya perlu kita teliti dan ambil iktibar..

    ReplyDelete
  3. Kembalikan kerajaan Islam.. (pilihanraya akan datang) we can change...

    ReplyDelete
  4. Salam Yob, tima kasih ziarah blog akak tadi. Kata kunci ketiga2 berita tu ialah "Surplus". Surplus cikgu Maths dan Sains, surplus rega minyak dan surplus 'anak-anak' tak dirancang. Semoga kita tak ditimpa bala...Nauzubillah!

    ReplyDelete
  5. isu guru itu sape yg salah??? bukan sepatutnya kerajaan dah wat kiraan brape jumlah yg perlu ETC

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.