Monday, April 18, 2011

Mana best makan kat rumah atau kat luar?

Gambar Hiasan Google

Kalau anda diberi soalan
Suka makan kat rumah atau kat luar?
haaa....apa jawapannya?
Kenapalah KM7 tanya soalan macam ni yer..

Sebenarnya semasa KM7 keluar
membeli makanan kat luar tadi,
nampak ramai betul orang kat kedai-kedai makan.
Maka timbullah pertanyaan dalam hati,
ehhh mereka semua ni tak makan kat rumah ker?
Bukan satu dua,malah banyak kedai makan
dipenuhi pelanggan yang sedang makan-makan.

Agaknya mereka tu dah boring kot makan kat rumah.
Ataupun sajalah nak ubah selera kan!
KM7 sendiri pun rasa macam dah bosanlah
kalau makan kat luar ni...
yer la masa bujang-bujang dulu memang sering makan kat luar.
Bukan memilih kedai sangat pun,
janji makanan tu boleh dimakan dan mengenyangkan.
(padahal tak pandai memasak pun...hehee)
Itu cerita masa di perantauan...Miri nun di Sarawak.

Orang sekarang ni dah banyak duit kan.
Sebab kalau makan kat luar boleh tahan juga harganya.
Kalau satu keluarga yang ramai tu...
mahu kempis dompet dibuatnya.
Mahal tak apa janji makanan yang dihidangkan itu
memenuhi citarasa.
Paling menyampah kalau terpaksa menunggu sangat lama
untuk menikmati makanan yang dipesan.
Dengan kata lain...dah hilang selera makan
dek menunggu lama.

2 comments:

whitecappuccino said...

makan kat luar sekali sekali ok jugak..kalo selalu memang pokai. Tapi makan kat rumah yg kita masak sendiri best2 terutama hari minggu memang berbaloi! family lagi suka..

toyolkiut said...

ssekali bgus jg, mklum la mkn kt kedai ni slalunya juadah ia lain mcm sikit, cth nya lauk2 yg payah nk buat dan masak sendiri..

tp TK lbh suka mkn kt umah, santai je.. x pe la ikan goreng ngn kicap pun hari2.. hehe.. (jimat kos/kedekut)