expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 13, 2011

Salah laku remaja:Bersalahkah ibu bapa?

Sejak akhir-akhir ini ramai yang memperkatakan kes salah laku dalam kalangan remaja.KM7 pun nak mengulas jugalah sikit.Antara kes salah laku remaja ialah buli,seks bebas,pil khayal,dadah,buang bayi dan banyak lagi kes jenayah yang lain.Berani betul remaja zaman sekarang ni.

Pihak yang tak terlepas dipersalahkan dalam hal ini biasanya ibu bapa.Maklumlah ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan remaja.Bagaimanapun suka disentuh di sini bahawa zaman sekarang ibu bapa terpaksa berhempas pulas bekerja demi keselesaan keluarga itu sendiri.Mana mungkin sepenuh perhatian diberikan kepada anak-anak.Melainkan ibu atau bapa yang tidak bekerja...bolehlah meluangkan masa yang banyak terhadap anak-anak.

Bayangkan terdapat ibu atau bapa yang keluar awal pagi dan pulang lewat petang atau ada yang sampai ke rumah setelah anak-anak sudah pun lena tidur waktu malam.Jadi sebahagian besar masa remaja tadi bukanlah bersama-sama dengan ibu atau bapa mereka.Sebaliknya remaja lebih terdedah dengan guru-guru di sekolah, atau pun rakan-rakan sebaya mereka.Tidak keterlaluan jika dikatakan ada segelintir ibu bapa lebih suka jika anak-anak mereka berada di sekolah dalam jangka waktu yang lama bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku di luar sekolah tanpa pengawasan mereka.

Begitu mencabar peranan guru-guru di sekolah.Sebahagian besar masa mereka dihabiskan mendidik dan menjaga anak-anak orang lain.Anak sendiri pula bagaimana?hmmm dalam usaha mendidik itupun masih ada  pihak yang mempertikaikan tugas guru.

Berbalik kepada soal salah laku remaja ini,KM7 berpendapat banyak faktor yang mempengaruhinya.Selain daripada rakan sebaya,media massa,dan sikap masyarakat...sikap remaja itu sendiri yang memang terkenal dengan sikap ingin mencuba,menjadi faktor perdana.Apapun, pendidikan awal yang dicorakkan oleh ibu bapa terhadap remaja tadi banyak mempengaruhi tingkah laku remaja.Alamak...ibu bapa lagi......

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.