expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 18, 2011

Bilakah harga petrol RON95 akan dinaikkan?

Gambar Hiasan Google

Sana-sini heboh berteka-teki pasal harga petrol Ron95.Adakah harganya masih kekal atau bakal dinaikkan?Rasanya penurunan harga tu sesuatu yang mustahil.Kalau kenaikan harga tu...mungkin.sangat.Cuma masanya tak pasti.Sebagai pengguna memanglah kita mengharapkan agar harganya tidak dinaikkan lagi.Maklumlah kalau harga petrol dinaikkan maka banyaklah harga barang dan perkhidmatan  lain yang turut dinaikkan.

IPOH 17 Mei – Kerajaan akan membuat kajian rasionalisasi subsidi pertengahan tahun pada awal bulan depan bagi menentukan sama ada harga petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan atau sebaliknya.....Pada tahun lalu, katanya, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM8 bilion tetapi jika trend kenaikan terlampau tinggi harga minyak dunia berterusan, jumlah tanggungan subsidi itu dijangka meningkat kepada RM18 bilion pada tahun ini.
(petikan Utusan Online 18/5/2011)

Sebagai pengguna,KM7 rasa ada baiknya kalau kita bersedia dari segi mental yang harga petrol ron95 bakal dinaikkan.Maka eloklah dibuat perancangan awal sama ada untuk penggunaan petrol mahupun harga barangan lain yang mungkin bakal naik.Kurangkan perjalanan yang tidak perlu.Mungkin ada yang akan berbasikal ke tempat kerja?

2 comments:

  1. kemungkinan nak naik sangat tinggi dan melampau tinggi :)

    Blogger bajet Hebat

    ReplyDelete
  2. alahai...naik lagi? yg harga skang ni pun dh macam tak mampu jer ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.