expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 18, 2011

Rumahku beratapkan nipah berdindingkan buluh

Gambar hiasan Google
Masa belek-belek gambar rumah kat google tadi,KM7 ternampak satu gambar ni.....aduss nostalgia sungguh.Rasanya itu rumah masyarakat Melayu dahulu kala.Beratapkan nipah (yer ker?) berdindingkan buluh yang dijalin kemas.Lantainya mungkin kayu...Cuba perhatikan tangganya tu...simple sungguh.Masa kecil-kecil dulu KM7 pernah berkunjung ke rumah sebegitu.Tangganya siap guna kayu bulat lagi.Mencabar betul nak naik ke atas rumah.Kat tepi tangga mesti ada tempayan dan gayung yang diperbuat daripada tempurung.Budak-budak sekarang mana kenal semua tu kan!

Satu lagi kalau kita lihat bahagian bawah rumah tu...mesti boleh letakkan motor ker..basikal ker...jangan kereta sudahlah!Ada juga yang tambat lembu,kambing dan binatang peliharaan yang lain.Rasa-rasanya orang dulu-dulu ni boleh tahan ker dengan bau-bauan binatang tersebut?Tapi itulah kehidupan masyarakat dulu,tak boleh dipisahkan dengan haiwan ternakan.

Sekarang ni memang susah nak cari rumah-rumah macam tu.Kalau ada pun dalam gambar-gambar lama.Ingat lagi masa sekolah rendah dulu,kalau cikgu suruh lukis rumah, mesti lukis rumah macam tu...kemudian kat belakang rumah tu dilukis pokok kelapa dan ada bukit-bukau.Tak ketinggalan...ada matahari sedang tersenyum.hehe...Budak-budak hari ni kalau disuruh lukis rumah,mesti mereka lukis banglow besar,kondominium, juga rumah pangsa.Itulah peredaran masa.Sesekali terasa ingin pulang ke zaman dulu-dulu...penuh ketenangan dan keharmonian.

2 comments:

  1. yupp..teringat ms kecik2 dolu sll duk kat berandah rumah arwah nenek kt kg..tp skang tiang rumah pn da xde..sadisss...

    ReplyDelete
  2. sekarang susah nak cari rumah2 lama style ni bro...kalau ada pun mungkin dekat muzium... zaman dah berubah..mana tahu nanti lagi seratus tahun (kalau dunia masih ada...) kondominium pulak jadi bahan sejarah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.