expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 1, 2011

Apa yang sering anda buat setiap kali cuti hari pekerja?

Bulan Mei datang lagi.Mei memang terkenal dengan bulan yang penuh penghargaan.Macam-macam hari sambutan ada dalam bulan ini.Bermula 1 Mei,sambutan hari pekerja.KM7 mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja buat semua warga pekerja di Malaysia.Mari kita lihat apakah perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan warga Malaysia setiap kali tibanya hari pekerja yang mana merupakan hari cuti umum.

Perhimpunan hari pekerja
Ini acara wajib,menyertai perhimpunan hari pekerja peringkat kebangsaan.Wah bagus betul pekerja-pekerja yang hadir mendengar amanat Perdana Menteri ni.Awal-awal lagi dah ke stadium.Masa ni ramai lagi pekerja-pekerja lain masih di lamun mimpi.Kalau tak ke stadium,kita boleh saksikan acara ni di kaca televisyen.Masa inilah nak dengar kot-kot ada apa-apa insentif kerajaan kepada para pekerja.hehe..ada kenaikan gaji ker seronok juga!

Membeli-belah sesedap rasa
Acara wajib juga ni.Ramai yang mengambil peluang pergi membeli-belah.Banyak pusat beli-belah menawarkan harga runtuh,diskaun,dan macam-macam istilah lain.Bagi muda-mudi,peluang window shopping bersama kekasih hati masing-masing.Awas..jangat rapat-rapat...biar malu-malu...(nyanyi sendiri la...)

Melangsungkan perkahwinan
Bagus juga buat majlis perkahwinan hari ini.Ramai yang boleh hadir sebab cuti umum.Ulangtahun perkahwinan nanti boleh disambut setiap tahun,tak perlu mohon cuti sebab dah cuti.Selamat pengantin baru buat mereka yang kahwin hari ni.Ada juga yang mengadakan majlis-majlis lain seperti pertunangan dan kenduri kesyukuran hari ini.

Berkelah bersama keluarga

Disebabkan hari-hari lain sibuk bekerja,maka hari pekerja yang diberikan cuti ni eloklah digunakan untuk bersama keluarga.Ramai yang memilih untuk melancong,juga berkelah di tempat-tempat menarik.Kalau bimbang dengan jumlah orang yang ramai di pusat-pusat pelancongan,anda boleh berkelah di rumah aje...boleh panggil saudara-mara datang.Meriah juga tu!

Lepak kat rumah
Bagi yang tak tahu nak ke mana-mana,eloklah lepak aje kat rumah.Sambil-sambil tu bolehlah mengemas apa-apa yang patut kat rumah tu.Kalau hari-hari bekerja asyik berkejaran ke tempat kerja.Jadi hari ni eloklah bermalas-malasan aje di rumah.Makan-makan,tidur-tidur,menonton TV..atau yang best lagi....berblogging!

Ok..selamat hari pekerja dan selamat bercuti.
(semua gambar di atas hakmilik google)

2 comments:

  1. awe lepak rumah jerk...malas nak keluar...mak ajak pergi kenduri kahwn pun malas nak pergi :)

    ReplyDelete
  2. suka lepak rumah aje, tapi selalunya ada kenduri kahwin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.