expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 30, 2011

Sudah ada yang baru,yang lama tetap dimakan

Banyak makanan tradisional yang semakin dilupakan.Bagi generasi muda,kalau tak diberitahu mungkin makanan tradisional ni sesuatu yang pelik bagi mereka.Mari kita mengenali beberapa jenis makanan tradisional.

Gelembung buaya
Hebat betul nama makanan ni.Gelembung buaya.Adakah ia diperbuat daripada daging buaya?Haha...ada ker yang nak makan daging buaya?KM7 pun tak tahulah resepi makanan ni.Macam dodol tapi bukan dodol.Rasanya memang manis.

Gula-gula manisan
Masa kecil-kecil dulu gula-gula ni memang popular.Bukan saja boleh dibeli di kedai,tapi mak KM7 selalu buat sendiri gula-gula ni.Rasanya rasa gula melaka,tetap manis.Sekarang ni gula-gula ni masih ada dijual tetapi kurang popular.Maklumlah budak-budak sekarang ni nak makan gula-gula macam yang diiklankan di TV aje..

Sagun
Nak makan sagun ni mesti dongak kepala,baru keluar serbuknya.Rasanya serbuk kelapa kering yang diproses.Pembalutnya cantikkan!Kalau zaman dulu,balut dengan surat khabar jer.hoho...klasik betul.

Kalau anda ada info pasal makanan-makanan kat atas,bolehlah berkongsi maklumat.

6 comments:

  1. teringin nk makan sagun
    dah lama sngt x makan =)

    ReplyDelete
  2. saya suka gula2 manisan tu..gelembung buaya manis sangat, tak suka!

    ReplyDelete
  3. salam

    tak pernah dengar n tengok kuih gelembung buaya tu

    ReplyDelete
  4. suka gula2 tu.. kat KL ni dh takde jumpa dah..kalo dikampung2 masih ada kot... waaa...mak KM pandai buat gula2 tu yer..share la respinyer

    ReplyDelete
  5. TQ..ada peluang nanti kita share resepinya,hehe..

    ReplyDelete
  6. sagun ni kalau silap cara makan boleh tersedak...habis bersembur...hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.