Saturday, April 30, 2011

Alasan membeli-belah di pasaraya yang sama

Membeli-belah sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat moden.Sebab itulah banyak pasaraya di merata tempat untuk kemudahan pengguna.Cuba kira berapa kali dalam sebulan anda ke pasaraya?Hmm tentu banyakkan,terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga,maka banyaklah keperluan yang perlu dibeli.Entri kali ini cuba melihat kenapa kita cenderung mengunjungi pasaraya yang sama setiap kali membeli-belah.


Kemudahan yang terdapat di pasaraya

Ada orang yang memberikan keutamaan kepada kemudahan yang terdapat di sesebuah pasaraya.Contohnya tempat parking kenderaan yang banyak,tandas yang bersih,surau untuk solat,tempat permainan kanak-kanak,tempat makan dan sebagainya.Kalau pasaraya tadi menepati ciri-ciri yang dikehendaki,maka tidak mustahil kita akan ke sana lagi untuk membeli-belah.



Lokasi yang strategik

Lokasi pasaraya yang strategik juga menjadi pilihan pengguna.Kita lebih senang membeli-belah di pasaraya yang berdekatan dengan kediaman atau pejabat.Selain dekat,juga dapat menjimatkan kos petrol.Kalau dah dekat sangat,hari-hari boleh ke sana.Tapi awas!jangan ponteng kerja pula semata-mata ke pasaraya.


Kad keahlian tahunan atau seumur hidup

Kalau dah nama kad keahlian,maka banyaklah faedah yang diperolehi.Antaranya, boleh membeli dengan harga yang lebih murah berbanding bukan ahli.Ada juga pasaraya yang memberikan perlindungan insurans.Pendek kata banyaklah keistimewaan kalau ada kad keahlian.Ini adalah satu cara pasaraya tadi mengekalkan ahli-ahlinya supaya kekal membeli-belah di pasaraya mereka.Anda sendiri tentu dah banyak kad keahlian pasaraya kan!



Senang membuat pilihan

KM7 suka bab senang membuat pilihan ini.Kalau kita dah biasa mengunjungi pasaraya yang sama,sudah tentu kita dah tahu bahagian dan rak tempat barang yang kita nak beli itu.Jadi taklah tercari-cari.Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.Masuk saja ke pasaraya,terus tuju ke rak barangan yang dikehendaki.Ini dapat mengelakkan kita membeli barangan yang tak perlu.

Itu saja alasan KM7 membeli-belah di pasaraya yang sama.Anda mungkin ada sebab-sebab lain!
(semua gambar di atas hakmilik google)


1 comment:

Nur Hawa Mohd Zin said...

membeli belah di pasaraya sama sebab dah tahu harga,tempat dan barang nye..heheh...lagi satu sebab dekat ngan umah :)