Gambar hiasan koleksi KM7 yang tiada kena-mengena dengan entri |
Seronok kan jadi orang popular ni.Buat apa saja mesti mendapat perhatian umum.Tambah-tambah kalau sudah mendapat liputan media,maka bertambahlah populariti.Kadang-kadang berita yang disebarkan itu tak seberapa,atau dalam kategori remeh-temeh,tapi mendapat perhatian masyarakat.Terutamanya berita yang melibatkan golongan artis,ahli politik mahupun individu yang berpengaruh.
Peminat-peminat fanatik memang tak lepaskan peluang mengikuti kisah artis mereka.Apa saja yang berlaku atau setiap aktiviti artis kesayangan mereka,mesti diikuti tanpa jemu.Contohnya artis remaja yang popular sekarang Justin Bieber yang muntah di belakang pentas pun mendapat liputan media.Sedikit petikan berita...
MANILA - Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber yang menjayakan jelajah My World di Asia tetap meneruskan konsert di Manila Selasa lalu walaupun dalam keadaan tidak sihat.....Penyanyi yang dikenali dengan lagu Baby itu difahamkan enggan menangguhkan konsertnya namun dia dilihat muntah beberapa kali di belakang pentas semasa pertengahan persembahan.(petikan Kosmo Online 12/5/2011)
haa,,,kalau Justin Bieber muntah pasti masuk berita.Kita yang muntah ni takde siapa peduli.Maklumlah tak popular...Artis kat negara kita pun sama.....buatlah apapun,mesti mendapat liputan media.Kenapa media suka paparkan cerita-cerita peribadi artis?Tak lain dan tak bukan sebab ada pembaca setia mereka.Hmmm begitulah kalau dah popularkan...
Sebagai seorang yang dah tak berapa minat dengan dunia hiburan ni...KM7 kadang-kadang tu bosan juga kalau berita-berita peribadi artis ni dijadikan tajuk utama atau muka depan akhbar.Nak gelak pun ada juga baca berita artis yang hamil sebulan dua dah menjadi liputan berita.Macamlah dia seorang saja yang mengandung kat muka bumi ni.Makcik-makcik yang ada anak berderet-deret kat kampung pun orang tak heran!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.