expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 23, 2011

Lari...lari.....cepat lari...!

Pakcik Google sedang berlari

Lari...lari...lari...

Banyak perkara berkaitan lari.

Kalau lari untuk bersenam,memang bagus untuk kesihatan.

Kalau lari dari tugas atau tanggungjawab,tak bagus untuk sumber rezeki.

Kalau lari dari bayar hutang,hidup tak tenang.

Kalau lari dikejar anjing,memang patut pun...takkan nak berdiri kat situ jer kan!

Kalau lari dari perbuatan keji,memang dituntut dalam agama.

Kalau lari dari masyarakat,ish...nak jadi katak bawah tempurung kot.

Kalau lari dikejar polis,nampak sangat anda buat salah.

Kalau lari dari rumah,mesti kes merajuk nak minta dipujuk.

Kalau lari dikejar hantu,nampak sangat hantu tu berjaya menakutkan anda.

Kan...memang banyak perkara lari...

Tak sempat habis tulis...KM7 pun nak lari ....hehe...

p/s:harap maaf catatan ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa.Rekaan KM7 semata-mata.

8 comments:

  1. kalau anjing kejar tapi x lari tu namanya mencari nahas. huhu

    Nafsu di Internet

    ReplyDelete
  2. kudaku lari gagah berani..

    ReplyDelete
  3. betul tu Freaky.Tapi ada ker perkara sebaliknya berlaku...orang kejar anjing?hehe

    ReplyDelete
  4. klu orang kejar pun kena lari gak,haha
    lumba lari lagi la kena lari lagi laju
    tu dia, habis segala lari keluar kat sini,haha

    ReplyDelete
  5. penaberkala...masa sekolah dulu mesti masuk acara lumba lari...

    KM7 lari dalam guni jer...

    ReplyDelete
  6. saya pernah kejar anjing masa kecik dlu..hahaha...

    ReplyDelete
  7. langkah seribu lari kena usik hantuuuuuu....

    ReplyDelete
  8. aya plg geram org yg lari dr bayar hutang..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.