Thursday, May 19, 2011

Mengimbau nostalgia peninggalan Gua Niah

Selamat datang ke Gua Niah,sarawak
Kali ini KM7 nak bawa anda semua ke Gua Niah Sarawak.Gua Niah telah diwartakan sebagai Taman Negara dan dibuka kepada umum pada 1 Januari 1975.Untuk pengetahuan,Gua Niah ni merupakan gua terbesar di Malaysia dan gua batu kapur terbesar di dunia.wah...bangganya...ramai pelancong dari seluruh dunia telah datang ke gua ni.Anda pula bila lagi?

Kena naik bot dulu menyeberangi sungai untuk ke gua
Inilah pemandangan dalam Gua Niah
Keluasan dalam gua Niah dianggarkan 3 kali keluasan padang bola.Kat dalam gua ni ada juga aktiviti mengambil sarang burung.Awas...terdapat banyak kelawar.Kalau nak masuk ke gua ni...sila bawa lampu suluh yer...sebab suasananya agak gelap juga.Anda pasti terpegun dengan keunikan pembentukan batu kapur di dalamnya.

Penat berjalan...rehat sekejap
Besar lagi batang pokok tu
Laluan ke gua Niah...anda pasti terpukau dengan kehijauan flora.Banyak pokok-pokok besar di sepanjang laluan.Sila bawa bekalan air minuman yang mencukupi bagi mengelakkan dahaga!

Kat sini juga ada muzium
Bestnya meneroka Gua Niah.Begitu indah ciptaan Tuhan.Bayangkan kehidupan manusia terdahulu yang mendiami gua ini.Bagaimanakah kehidupan mereka di dalam gua?Apapun sama-samalah kita menjaga khazanah alam.Pergilah melancong!

3 comments:

missdora said...

saya study dekat Kuching, Sarawak..

Khairil said...

tak pernah sampai lagi Gua Niah..setakat Gua Kelam saja di Perlis...

KM7 said...

saya belum sampai lagi ke Gua Kelam