Saturday, June 4, 2011

Baru jer kemas...dah sepah balik....

Entri ini khusus buat bakal-bakal ibu dan bapa.Hehe...kali ini KM7 akan mengungkap satu lagi keseronokan hidup berumahtangga.wah..apa tu? Jawapannya mempunyai cahayamata atau lebih senang nak sebut...mempunyai anak-anak....Apa yang best dengan anak-anak ni?

Mereka ni kalau bermain dalam rumah mesti akan menggunakan kreativiti masing-masing.Mulalah dikeluarkan segala macam permainan.Padahal bukan nak main kesemuanya pun.Sekejap jer main...berhenti....maka bersepahlah rumah tu.Kadang-kadang tu mereka kemaskan balik tapi yang banyaknya...ibu atau bapanyalah yang terpaksa mengemas.Wah...bapa mengemas...ada sesiapa terpegun?hehe..siapalah bapa mithali tu.

Nak dimarahi pun...budak-budaklah kan...mesti dunianya meriah dengan segala macam permainan.Budak-budak hari ni tak banyak aktiviti luar rumah macam kita kecil-kecil dulu.Maka dalam rumahlah mereka sepahkan segala benda yang dijadikan permainan.Ada juga ibu bapa yang suka anak-anaknya mengadap komputer dengan segala game kat dalamnya...Kalau macam tu...rumah gerenti tak bersepah,tapi kalau lama sangat depan komputer pun tak bagus juga untuk kesihatan.

Apapun....itulah kemeriahan anak-anak kita.Kalau mereka tiada...atau demamlah contohnya...maka sunyilah rumah jadinya.Jadi kalau anak-anak sepahkan rumah tu..bawa bersabar dan tenangkan hati.....

7 comments:

Abang Long said...

Salam...yg lagi seronoknya bila kita tegur camtu, anak2 pun jawab, baru jer sepah-sepah dah kemas balik..huhu

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/nombor-telefon-bohsia.html

KM7 said...

kalau camtu...sungguh rajin ibu bapa anak-anak tu...tak kasi peluang anak-anak nak sepahkan rumah.huhu..

Freaky said...

yang sepah tu la yang menceriakan suasana rumah tanggga. kalau tiada mereka, mesti suram je

Siti Nurhaliza Makin Cantik

Azie Azman said...

azie faham apa yg KM7 rasa walaupun azie belom kawin.
selalu bila adik-adik pergi sekolah azie yg kemas rumah sampai clear.
tapi bila diorang blk sekolah, dah bersepah blk =(

penaberkala said...

haha, bab sepah2 ni memang suka time kecik2 dulu
alat mainan satu bakul besar memang habis la disepahkan
nk simpan balik sah2 la malas
skang, anak2 buah plak camtu
xleh nk marah sgt la, sbb kita dl pun camtu
cuma ajak suruh kemas sama2
xde mereka, rasanya sunyi rumah

cik aisha said...

kecik2 mmg suka menyepah...da besar makin kurang dan tlg kemas umh lg..hehee.saya tak kawen lagi tapi tgk perkembangan ank2 buah macam tu la.:)meriah je...

KM7 said...

betul tu..
org yg ada pengalaman dlm bab2 menyepah jer yg faham.maka anak2 dia menyepah pun tak rasa nak marah sangat pasal dia dulu pun camtu juga .hehe..