Thursday, June 2, 2011

Budak-budak sekarang tak minat subjek Sejarah?

Gambar hiasan Google

Betul ker budak-budak sekolah sekarang ni tak minat subjek sejarah?Hmmm mungkin betul mungkin juga tak berapa betul.Seingat KM7 lah,subjek sejarah ni memang tak berapa menarik...haha..maklumlah nak menghafal tarikh-tarikh dan peristiwa yang dah lama tu.Lainlah kalau nak hafal sejarah hidup diri sendiri kan!

Memanglah subjek Sejarah ni penting...kita boleh menghayati sejarah kemerdekaan tanah air.Wah...patriotiknya!baguslah tu.Sekurang-kurangnya generasi muda hari ni mengenali tokoh-tokoh sejarah negara.Juga mengambil pengajaran daripada sejarah lampau...supaya mana-mana  yang tak best dalam sejarah lalu tuu tak berulang kembali.

Berbalik kepada subjek Sejarah ni..kalau rasa tak minat...maka sesuatu perlu dilakukan untuk menarik minat generasi muda ni mempelajarinya.Antaranya, kepada guru-guru tu pandai-pandailah menarik minat pelajar-pelajar anda.Cakap memang senang...tapi macam mana yer?Cikgu Sejarah mungkin lebih tahu dalam hal ni.

Kalau boleh bawalah budak-budak ni melawat tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan denga subjek yang dipelajarinya tu.Tayangan dokumentari atau filem yang berkaitan juga mungkin boleh membantu.Satu lagi KM7 rasa..keluarkan komik-komik yang berkualiti yang ada kaitan dengan subjek sejarah.Boleh juga diselitkan unsur humor dalam bahan bacaan agar pelajar tak boring.

Tak kurang penting juga media massa boleh siarkan prospek kerjaya bagi pelajar-pelajar yang meminati jurusan ini.Barulah mereka sedar yang belajar sejarah pun boleh memasuki kerjaya tertentu.Ibu bapa juga memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak belajar sejarah.

Oklah...dah macam buat karangan pula..hehe..kalau anda ada cadangan lain...silakan...

12 comments:

Sally Yatiey said...

Buku teks saya tuuuu ;D
haha . ^^
Yeaps , sejarah tak best .
nak hafal itu ini . Byk sgt fakta2 nya .

Freaky said...

orang belajar sejarah sbb nak skor exam je. bukan kerana minat sejarah.. tu yang jadi masalah skang

Cikgu Nurin said...

Media Massa pun patut main peranan..buat banyak filem epik...tapi biar menarik lah...

Cendana Kasih said...

Dulu masa sekolah mmg tak suka..tp terpaksa la baca. Buat nota kecil2...time tunggu bas, baca. Time boring, baca... akhirnya saya dapat A dalam subjek sejarah STPM.. fuh..berbaloi buat nota kecik tu..

KM7 said...

wah dapat A masa STPM..hebat tu..

wan_cikgumuzik said...

kenape shoutbox itu menyatakan ip saya di banned?? x leh nk jerit kat situ... hahahaa

dia kata mcm nih..

Your IP address 203.82.92.4 has been banned from this shoutbox.

Please try again later.

KM7 said...

entahlah...KM7 tak pernah ban sesiapa pun...

Awan said...

Soalan sejarah ramai yang ckp ssah padahal klaw kita hafal 1buku sejarah..confirm bleh dapat A cuma kita jer yg malaZZZ

Khairil said...

Subjek sejarah ni amat penting kerana sejarahlah ada kita pada hari ini..harus kena banyak belajar dari sejarah...

bro KM7 , saya pun kena band juga dekat shoutbox tu le...ikut sejarah setiap kali saya mai sini saya x leh nak tinggalkan jejak kat shoutbox tu...

KM7 said...

opss KM7 mohon maaf kpd yg tak dpt tinggalkan jejak kat shoutbox tu...tak tau ler apa masalahnya tu..apapun terima kasih sudi dtg...

penaberkala said...

belajar sejarah bukan setakat form 5 dan stpm je
masuk u ni pun kena belajar balik
semester lepas baru belajar Malaysian Studies
tambah dlm english, lg la mencabar nk baca satu teks book
but, quite interesting we we can recall back all the history in our own country

tak rugi pun, teutama bab perlembagaan dan hak orang melayu
sebab yg ni akan membela nasib kita semua di masa akan datang

KM7 said...

betul tu..sesuatu yg dilalui itu akan menjadi sejarah suatu hari nanti