expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 25, 2011

Budak-budak sekarang tak pakai kain pelikat

Kain Pelikat pakcik Google

Sebut kain pelikat...teringat lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain masa dia budak-budak dulu.Sebenarnya kain pelikat tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu di negara ini.Biasanya kain ini dipakai oleh golongan lelaki ketika menunaikan sembahayang...juga untuk pakaian bersantai terutamanya bagi masyarakat kampung.

Hari ini pemakaian kain pelikat dalam kalangan kanak-kanak lelaki nampaknya tidak popular lagi.Berbeza dengan tahun-tahun 60 an hingga 90 an dulu...budak-budak lelaki masa tu suka memakai kain ini semasa berada di rumah.Pada masa itu terdapat kain pelikat dalam saiz kecil untuk kanak-kanak.KM7 masih ingat,semasa budak-budak dulu pernah memakai kain pelikat kecil ini.

Sekarang ni rasanya susah nak dapat kain pelikat saiz budak-budak ni.Mungkin faktor kurang permintaan menyebabkan kain ini tidak terdapat di pasaran sekarang.Kalau sejak kecil tak biasa memakai kain pelikat...mungkinkah suatu hari nanti pemakaian kain pelikat akan dianggap sebagai kuno atau klasik?

8 comments:

  1. ermm...mgkin jugak 2~ tapi selagi masih ada yang teruskn budaya pemakaian kain pelikat nie~ insyaAllah~ xkan lap0k dek zamn~ wink3 >_<

    ReplyDelete
  2. budak2 sekarang tak sanggup pakai kain pelikat sebab rasa tak selesa..depa banyak pilih untuk pakai seluar terutama seluar tracksuit...

    ReplyDelete
  3. depa bangga dgn boxer!

    ReplyDelete
  4. biase lah tu, depa doq habaq, dunia semakin maju, bila pakai kain pelikat depa kata mcm org kuno plak. tp kan bg saya. ok pe pakai kain pelikat, tp pakai mengikut keadaan lah, mcm duduk rumah pakai je lah, klu nak keluar tukarlah seluar... hehehe

    ReplyDelete
  5. hehe, betol tu.
    yg budak prempuan pulak x pndai dh pkai kain batik , HAHA


    p/s : tlg like gambar aen msuk contest leh?

    ReplyDelete
  6. Jangan lupa budak perempuan pula tak pandai pakai kain sarung/batik sarung.

    ReplyDelete
  7. agaknya pakai seluar lebih mudah, tak perlu lipat, pintal macam kain sarung / pelikat...takut jatuh luruh...

    ReplyDelete
  8. x lama kain pelikat boleh tgk kat museum jer la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.