Thursday, December 29, 2011

Rasai sendiri pengalaman membeli uniform sekolah anak

 Sekolah dah nak buka!
Tahun depan anak sulung KM7,Imdad akan masuk darjah satu.
Hmm teruja juga nak beli kelengkapan sekolahnya.
Disebabkan isteri KM7 masih dalam pantang,
maka KM7 sendirilah yang shopping baju sekolah Imdad ni.

 Senang jer shopping ni.
Pergi jer ke pasar raya,kat sana semua ada.
Kali ni KM7 beli 3 helai baju sekolah jenama Canggih
dan 2 helai seluar sekolah jenama Canggih.
Hmmm canggih betul...harganya pun boleh tahan.

 Sekarang nak beli beg sekolah pula.
Lama juga kat sini.
KM7 beri peluang kepada Imdad memilih sendiri beg sekolah
yang dikehendakinya.

 Akhirnya...dapat juga beg pilihan hati.
Beg jenama Swan yang ada tayar ni dipilih Imdad.
Harganya RM 59.90
Harap-harap beg ni boleh tahan lama.
Sekurang-kurangnya sampai habis tahun 2012 nanti.

Kemudian pilih kasut dan stokin pula.
Baru beli sepasang kasut ni..macam tak cukup jer.
Nantilah lain kali,kalau perlu kita beli lagi.
Hmmm bagi yang ada anak yang pertama kali masuk darjah satu ni
memang seronok kan...

8 comments:

sonata anak kancil said...

Assalamualaikum - tahniah Imdad dah masuk Tahun 1. Baru sorang tu ! Saya baru gi shopping tadi utk anak Ting 5...Utk 5 orang ratusan habis !

Lady Emilya said...

yaa, byak ratusan jugak habis
beli barang sekola ni :)

Khairil said...

letih 'poket' shopping utk nak buka sekolah ni...huhu

whitecappuccino said...

Salam..selamat masuk ke alam baru Imdad! hmm jenama canggih..anak saya pun tak nak baju lain, canggih juga yang mereka pakai.. tinggal 2 orang lagi sekolah menengah.

Koding said...

Memang ramai yg mengambil peluang di saat terakhir sebelum sekolah dibuka...

remyhazza said...

wah !!!!
jadi bapa mithali ...he3

Hanif Idrus said...

Tak susah beli baju anak..yang susah poket jerr...hehehehe
Sam ler kita cuma anak aku darjah tiga tahun ini..
Dah pandai demand nak itu ini...

KM7 said...

Betul tu..
semua pakai duit sekarang ni.