Monday, February 27, 2012

Pernah makan Murtabak Raja?

 Asyik cerita pasal rumah jer...
boring juga kan.
Jadi kali ni mari kita bercerita pasal makan-makan pula.
Pernah makan Murtabak Raja?
Pada mulanya KM7 pun tak berapa tahu apakah jenis murtabak ni
sehingga dipanggil murtabak raja.
Adakah kerana saiznya yang tebal,atau makanan ni menjadi pilihan
kerabat raja?

 saja nak cuba,maka KM7 pun belilah.
Macam-macam perisa ada.
Harganya RM 16.00
Kalau murtabak kat pasar malam Rm2.50 jer....
Rasanya?...entahlah...macam biasa jer cuma sedap jugalah berbanding yang
dibeli di pasar malam tu.
Oh ya..kena panaskan sekejap dalam microwave sebelum dapat dimakan.

 Ini suasana dalam sebuah kedai yang
menjual murtabak raja ni.
KM7 suka warna terang dalam kedai ni!
Kalau tak mahu bawa pulang...boleh terus makan di sini.

 Pizza tu pun ada juga tau.
(sila abaikan model yang kelaparan dalam gambar di atas)

Inilah rupa bentuk murtabak raja yang siap
untuk dimakan.
Setelah dipotong dapatlah 4 bahagian.
Kalau anak ramai...rasanya berbaloi beli
murtabak kat pasar malam jer.

7 comments:

Amirah Adnan said...

kat kelantan banyak.. hehe

Dieyna said...

dah pernah makan sekali... kawan dari kelantan yang bawak.. kena makan ramai sebab murtabak ni besar, rasanya pun boleh tahan.. sebab itulah harganya mahal.... agaknya lah hehe

whitecappuccino said...

tak pernah makan.

blog-tips-kurus said...

cuba mertabak mengkasar pekan?
sangat sedap & garing tau!!

Azie Azman said...

kalau rasa takde beza baik beli murtabak pasar malam je ;)

Cendana Kasih said...

murtabak kambing kat kedai mamak pun best gak...baru rm6.00, besar plak tu...hehehe

d4533k3r said...

WOW..nampak sedap la... Info menarik, nway kat tempat saya takde.. yang ada cuma murtabak kat kedai mamak saja~