expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 1, 2012

Ekslusif:Gambar Perkahwinan saya


Atas permintaan, dan seperti yang dijanjikan maka saya buat entri pasal perkahwinan ini.Ekslusif untuk pembaca blog ini kerana gambar-gambar perkahwinan saya tak pernah lagi disiarkan dalam blog mahupun FB.Maklumlah...orang dulu-dulu kahwin takde FB..Bukan macam orang sekarang,majlis persandingan belum selesai lagi tapi gambar dah boleh dilihat seluruh dunia.Rasa lucu pun ada apabila melihat semula gambar-gambar ni....
Apapun...penyiaran gambar-gambar ni semula di blog peribadi saya ni tak lain dari sekadar  mengembalikan kenangan lama.Perkongsian ini juga buat rakan dan pelajar  yang mengenali saya  dan isteri.Jom saksikan....


 Majlis perkahwinan kami ni berlangsung pada tahun 2004 lagi.
Kira dah 8 tahunlah kan...Sekejap jer masa berlalu.
Songket biru tu adalah persalinan utama majlis perkahwinan kami dulu.



Apasal pula gambar ni muka saya nampak tembam jer.hehe.
Nampak cincin hijau di jari tu?haa tu cincin perkahwinan tau!



Maaflah kalau gambar ni nampak semacam jer..hehe...
Kami hanya pelakon jer masa tu.
Apa yang cameraman suruh buat untuk posing...kami ikut jer.
Nak tunjuk jari merah berinailah tu...


 Satu lagi gambar di bilik pengantin



 Jangan terkejut tengok gambar ni.hehe..
Ni masa majlis kat rumah pengantin lelaki.
Teruk betul baju yang kami pakai tu.rasa macam kena tipu jer dengan
pemilik kedai pengantin yang suruh kami pakai baju tu...besar betul!
dahlah makeup isteri tu macam tahun 60an.
Kalau tengok koleksi gambar tu rasa lucu pun ada...marah pun ada...


 Keris di pinggang tu kena muka isteri pula...hehe..

 maaflah yer...pakai kasut kat atas katil pula.

 Sebahagian anak murid yang datang dan sempat bergambar dengan kami.

 Ini pun anak murid juga.Sekarang ni mereka semua dah besar panjang kot...
mungkin ada yang dah kahwin pun.

 Seronok betul bergambar dengan anak murid.

 Rasanya cukup lah kot...
Gambar pakai kot dan gaun pengantin pun ada ni..
tapi tak boleh siar di sini...Faham-faham jerlah.hehe...

Haaa...tu dia....
sekarang dah ada anak tiga.
Amacam?wajah dulu dan sekarang masih sama ker?hehe..

p/s:Kepada rakan-rakan yang ingin berkongsi gambar-gambar 
perkahwinan mereka di blog Kembara Minda 7 ni...bolehlah menghubungi saya yer.
Teringin nak buat entri pasal perkahwinan era 70an mahupun 80an.

3 comments:

  1. bukan main ya melaram dgn baju2 perkahwinan tu.....apa pun aku tergelak dan tergolek sorang2 baca entri engkau....bagi aku lucu level satu....nak gelak ni....kah...kah....kah...

    ReplyDelete
  2. Wah! segak bergaya. semoga allah panjangkan jodoh, sihat berbahagia. Amin.

    ReplyDelete
  3. wah..segaknyer Ayoh Su dgn Mok Su. berseri-seri. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.