Saturday, June 2, 2012

Perut Lembu panggang?


Siapa kenal apakah  makanan dalam gambar di atas?hmmmm nampak macam sedap...nyumm..nyummm...Itu bukan fishball,bukan juga bebola ping pong.oppss sorry!Sebenarnya makanan kat atas tu adalah perut lembu yang mana di dalamnya berisi nasi dan pulut.Kemudian dibakar/panggang?... macam dalam gambar tu la...Wah! jenis makanan apa ni?
Itu adalah sejenis makanan popular di Thailand.Ada sesiapa yang pernah merasa makanan ni?Saya tak pernah..sebab tak suka perut lembu.hehe..Bagi anda yang suka mesti meleleh air liur tu.Sesiapa yang nak rasa,tak payah ke Thailand sebab anda boleh mendapatkannya di sini.....


Bagi yang belum ke sana,masih sempat lagi tu.Pesta Thai ni diadakan di Dataran Muhammadi,Kota Bharu.Lokasinya berdekatan dengan masjid Muhammadi Kota Bharu.Macam-macam ada....jualan kraftangan Thai,juga makanan istimewa Thailand.Persembahan kebudayaan Thai pun ada.


Satu lagi yang menarik perhatian saya ialah jualan telur masin.Cantik pembungkusannya dalam kotak.Gambar telur masin di kotak tu sungguh sedap..Harga RM10 sekotak.Dalam setiap kotak tu ada 9 biji telur masin.
Oklah yer...Cukup dulu setakat ini untuk bahagian pertama ni.Dalam entri akan datang,saya akan masukkan gambar makanan lain pula.
                                                                                                            [PESTA THAI BAHAGIAN 1]

No comments: