expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 27, 2012

Hadiah untuk Iqbal Sadiq

Menyambut kelahiran bayi baru adalah sesuatu yang menyeronokkan.Sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan,kedatangan orang baru ini dikongsi bersama saudara-mara dan rakan sejawat yang lain.Justeru,hadiah adalah salah satu bentuk melahirkan ucapan tahniah.

Iqbal sadiq,cahaya mata ketiga saya sudahpun masuk 5 bulan.Jadi dalam entri khas ini,saya akan memaparkan hadiah-hadiah yang diterima oleh Iqbal Sadiq sempena kelahirannya.Hadiah baju kat atas tu diberikan oleh Ustazah Zaharah.Cantik juga baju Peter Rabbit tu.Mungkin sebulan lagi dapatlah Sadiq memakainya.

Hadiah-hadiah lain untuk Sadiq.......


Baju baby Mickey ini adalah hadiah daripada Pn. Hasniza.
Tengok tu sadiq baru jer pakai baju tu.Bukan saja baju...beg hadiah pun comel tu..

 Toto bayi ini juga hadiah untuk Sadiq daripada seseorang.

Hadiah dari Kampung Tegayong,daripada Makcik Minah.
Terima kasih kerana memberi hadiah tuala hijau Mickey ni kepada Sadiq.

 Ustazah Rashidah juga tak ketinggalan memberi hadiah baju Naomi ni kepada sadiq.
Cantik gambar bear kat baju tu.

 Baju Mimi Care ni pula pemberian Cikgu Salwani.

Singlet kereta Fiffy ni pula daripada ustazah Nurasiah.Cantik kereta merah 
pada baju tu.Sadiq mesti sukakannya.

 Siap ada mata lagi kat baju tu.Yang ni hadiah daripada ustazah Faridah.
Baju ni pun dah dipakai oleh Sadiq.

 Beg Fiffy warna hijau epal ini adalah hadiah daipada Pn Noraziam,kaunselor smkam.
Terima kasih atas pemberian hadiah yang cantik itu.

Ini pula hadiah berupa wang ringgit yang diberikan oleh saudara-mara,kenalan dan rakan sejawat.Jumlahnya biarlah rahsia.Nak buka akaun Tabung Haji la untuk sadiq ni.Terima kasih kepada semua.Saya tahu ada beberapa hadiah lain pemberian saudara-mara dan rakan-rakan yang tak sempat dimasukkan dalam entri ini.

Apapun berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada semua.Paparan hadiah dan pemberian ini semua sekadar untuk meluahkan ucapan terima kasih daripada kami sekeluarga kepada semua.Semoga pemberian tersebut mendapat balasan baik dan hidup anda sentiasa diberkati  Allah swt.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.