expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 26, 2012

Memori @ SMKAM 2005

Atas permintaan pelajar,sekali lagi KM7 siarkan gambar lama sekolah.Kali ni nak siarkan gambar-gambar sekitar tahun 2005 pula.Gambar kat atas tu adalah pasukan forum remaja sekolah.Saya percaya pelajar-pelajar yang ada dalam gambar tu sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di dalam mahupun luar negara dalam pelbagai jurusan.Gambar-gambar lain.....


Yang ni masa sambut hari guru yer...Tahun 2005  ni PERTIMA pakai baju biru.Kepada pelajar SMKAM SPM 2005 yang terbaca entri ni harap dapat nyatakan di mana anda belajar atau bekerja sekarang dalam ruangan komen yer.

Ni buat apa pula?Hmmm menunggu giliran untuk projek derma darah.Beratur punyalah ramai...adakah yang mendermakan darah pun ramai juga?Mestilah ramai kan!

Budak-budak asrama ni dengan batik kuning mereka.Tahun 2012 ni rasanya batik asrama dah bertukar warna dan corak.Maka batik kuning tu tinggal dalam lipatan sejarah asrama.Siapa masih simpan batik kuning tu sila angkat tangan yer.hehe...

Apalah yang menggelikan hati ustaz Aziz kita tu...Rasanya menang anugerah semasa hari guru tahun 2005 tu.Tahniahlah.Saya ni tak pernah pun menang anugerah semasa hari hari guru..Maklumlah tak popular.Kesian..huhu..

Rasanya ni AJK Persatuan Bahasa Melayu tahun 2005...betul tak?Saya masih ingat nama dan wajah anda semua.Anda ingat saya lagi tak?hehe...

 Kat atas ni pun pakaian asrama juga....Kalau nak ke masjid wajib pakai pakaian tu.

Sebahagian daripada guru-guru SMKAM tahun 2005.Sekarang ni ada yang sudah bertukar ke sekolah-sekolah lain, dan ada yang masih kekal di SMKAM.Oklah...cukup dulu setakat ini.Harap maaf kalau entri ni menyentuh perasaan.Jumpa lagi lain kali.


1 comment:

  1. Yang lama adalah sejarah,yang sedang dan bakal ditempuhi adalah kehidupan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.