Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru Zainal & Irhami

Cuti sekolah bermula.Sana-sini sibuk dengan kenduri kahwin.Kalau di Kelantan ni,cuti sekolah macam satu kemestian pula jalan-jalan akan sesak dengan kenderaan yang tak lain tak bukan...untuk ke majlis kenduri.Hari ini saya dan keluarga juga turut menambahkan kesesakan jalan raya dengan menghadiri majlis kenduri.Kenduri siapa?Tu dia...dalam gambar kat kat atas...Sebenarnya saya menghadiri.......


Majlis Kenduri Perkahwinan sepupu saya yang bernama Nik Zainal Abidin bersama 
pasangannya Irhami,berlangsung di Peringat,Kelantan.

Yang ni masa bersiap-siap nak berarak ke rumah pengantin perempuan.Masa ni panas terik,
tapi  satu jer payung disediakan untuk pengantin.Hehe...
Tak apalah ...untuk raja sehari ni kena berpayung.

Dalam rumah.....bacaan doa untuk pengantin.
Semoga majlis diberkati Allah dan rumah tangga aman bahagia.
Saya hanya mengambil gambar perjalanan majlis ni saja.
Itupun guna kamera handphone.Sebab tu lah takde gambar-gambar yang close up.
Kalau nak tengok gambar-gambar menarik,tu kena minta dengan pengantin lah yer..

 Pasangan pengantin bersama sebahagian kaum keluarga pengantin lelaki.

Saya suka gambar ni.hehe..Agaknya apalah yang dibualkan oleh pasangan pengantin tu.Mesti pasal nak makan lauk apa dulu tu..Budak 3 orang kat belakang tu pun sedang menunggu-nunggu bilalah pengantin ni nak makan...tak pelawa kita join sama ker?

 Serius nampak!..Tengok apa pula tu..lauk banyak lagi kat depan tu,tak habis pula nak makan.

Sidang hadirin sedang sibuk menjamu selera.Habis makan apa lagi..kami pun baliklah...Sebelum balik,sekali lagi saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Nik Zainal dan Irhami.Habis majlis tu saya ke satu lagi jemputan kenduri di Pasir Putih pula.

Masa ni dah petang,pengantin pun dah tak ada kat pelamin,jadi apa lagi...
tetamu pula yang bergambar kat pelamin yang cantik tu.
Tuan rumah yang pakai baju berjalur-jalur tu namanya Pn. Aliza.

 Inilah keluarga saya yang tak lepaskan peluang bergambar kat pelamin tu.
Masa kitorang kahwin dulu,takde pun pelamin macam ni.Nampak gayanya kena 
bersanding sekali lagi ni.haha...

 Jangan betulkan pandangan anda...Sadiq pun tak lepaskan peluang bergambar atas pelamin.

Pose istimewa Sadiq untuk pembaca blog ini.Sekian dulu untuk kali ini.
Kiranya ada terkasar bahasa,saya mohon berbanyak kemaafan.
Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan
musim cuti sekolah ni.

4 comments:

miss butane said...

Irhami tuh cikgu . Sy irham . Haha=)

KM7 said...

ehem..ehem dekat-dekat nama...tak lama doh tuh..hehe

Myzul said...

timo kasih upload gambar kawin zainal ni. saing n jiran ambo nih... :)

KM7 said...

Myzul...samo-samo lah...