Monday, May 28, 2012

Jual beli Ovum dan Sperma

Macam-macam perkara dilakukan oleh manusia yang dianggap bertamadun hari ini.Terkini yang menarik perhatian saya ialah berkenaan fenomena jual beli baka yang sudah menular di Malaysia.Sumber utama perbincangan saya di sini adalah bersumberkan akhbar KOSMO 27 Mei 2012.

Sperma dan ovum ini mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian,wanita yang enggan berkahwin serta.......


wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.
Ini adalah muka depan akhbar kosmo semalam.Dilaporkan bahawa Denmark pembekal sperma terbesar dunia.Sperma lelaki Denmark dikatakan menjadi pilihan utama atas faktor ciri-ciri lelaki Denmark yang memiliki ketinggian yang ideal dan terpelajar.

Apa nak jadi dengan masyarakat hari ni?Membeli sperma seperti membeli baju 
dengan memilih air mani berasaskan etnik,bentuk fizikal,latarbelakang 
pendidikan dan kesihatan penderma.

Sumber sperma adalah daripada lelaki yang terdiri daripada pelajar universiti,manakala sumber ovum juga daripada pelajar universiti yang terdiri daripada wanita Asia yang cantik,bijak dan sihat.Jadi kepada penuntut universiti...awas....jangan terjebak ...

Harga bagi setiap botol air mani adalah antara RM650 hingga RM900.Bagi ovum pula boleh mencecah ribuan ringgit dan puluhan ribu ringgit.Boleh tahan juga mahalnya.Tak mustahillah perkara ini menjadi tarikan bagi sesetengah orang untuk berkecimpung dalam hal ini.

Sebagai manusia yang berfikiran waras,rasanya masing-masing dapat menilai kesan terhadap fenomena ini sekiranya tidak dibendung.Kita tidak mahu generasi akan datang tidak mengenal siapa ibu atau bapa sebenar mereka.Biarpun pada satu pihak perkara ini dapat menyelesaikan masalah untuk memiliki anak,tetapi pada satu sudut yang lain pula perkara ini membawa banyak implikasi negatif kepada semua pihak.

1 comment:

Neijie Kiut said...

bahaya ni kalo benda ni tak dibendung.. hishh..parok gini cikgu..semoga ramai sedar pasal benda2 gini.. takut nanti..kes mok tok kenal pok semakin berleluasa