expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 19, 2012

Mengimbau Kenangan 2004 @ SMKAM

Mengimbau kenangan 8 tahun lepas di SMKAM,terasa begitu cepat masa berlalu.Lihat sajalah wajah-wajah ceria pelajar dalam foto tahun 2004 di atas sudah cukup menceritakan kemesraan yang pernah bertaut suatu ketika dahulu.Tahun 2012 ini, di manakah gerangan kalian semua?Mungkin semua sudah berkerjaya atau masih ada yang akan menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang sama ada di dalam mahupun luar negara.

Alam persekolahan memang cukup indah untuk dikenang.Biarpun terpaksa menempuh liku-liku yang mencabar untuk meraih satu kecemerlangan.Di sini KM7 ingin berkongsi beberapa keping lagi foto sekitar 2004,Saksikan...



Batik kuning asrama memang sinonim dengan pelajar asrama untuk outing.Jangan tak ingat pula yer,masa ni KM7 jadi ketua warden asrama lagi tu!Kalau tengok foto di atas,hmm masih samakah perwatakan  budak-budak tu sekarang?Cikgu tahu ada kalangan kamu yang sudah pun berkahwin!

 Ini pula masa hari sukan.Dah penat berlari,lepak tepi dewan sambil minum-minum.

Tahun ni juga KM7 mendirikan rumah tangga.Ehem..ehem..Bebulan madu kat tepi laut bersama-sama pelajar.Maklumlah kena jadi guru pengiring untuk aktiviti pelajar tingkatan 4.

 Wah bukan main lagi posing budak-budak ni.Mengalahkan cikgunya!

 Yang ni pun masa aktiviti motivasi pelajar kat tepi laut.Banyak betul program luar masa tu.

Tengah mengacau bubur asyura tu.Program asrama ni.Bukan main seronok lagi budak-budak asrama mengacau bubur asyura.Tapi dalam gambar ni cikgunya sorang jer mengacau bubur asyura tu.Budak-budak ni jadi pemerhati saja.Kesian cikgu.Hehe..

Banyak lagi gambar dan kenangan yang masih tersimpan dalam lipatan memori.Cukup dulu setakat ini.Lain kali KM7 buat entri lagi.Kepada pelajar SMKAM 2004,selamat maju jaya.Jangan lupakan saya!

8 comments:

  1. wahh..msti cekgunya baik ngn pelajar..tu yg sempoi jek kan.. selamat hari guru, cikgu.. walau dh lewat beberapa hari...(^_^)

    ReplyDelete
  2. gambar purba kala punya...
    kenanga bersekolah paling bestt!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu... Syukran post gmbr2 lama ni blik... teringt blik zaman2 skolah...hehe... muka pn msih kebudak-budakan... terima kasih gk sudi jd pengiring klas kami ke pntai utk form 4. Selamat hari guru bt Cikgu Ghazali & Cikgu Suria Azma =)

    ReplyDelete
  4. seronok tengok gambar geng
    muda2 dulu, hehe..

    ReplyDelete
  5. waaa.. ckgu ketua warden dulu?

    hehe. mantop lah ckgu! ^_^

    ReplyDelete
  6. ni gambar batch saya nih.. wlupun gambar saya takdop..
    *x dok asrama mmng xdop gmbar
    tiba2 rasa nk wat reunion time cuti skoloh nih

    ReplyDelete
  7. Alam persekolahan adalah paling best..cuma yang tak best duit ajer tak der..hehehe

    ReplyDelete
  8. Sangat meyenangkan bisa mengenang kembali akan kemesraan yang pernah terjalin :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.