expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 20, 2012

Jagung rebus & Kacang rebus @ PCB

Bagi anda yang pernah ke Kelantan dan bercuti di Pantai Cahaya Bulan,saya pasti gambar di atas sudah biasa dengan anda.Terdapat deretan gerai menjual jagung rebus dan kacang rebus dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.Hmmm.. sedap juga rasa jagung tu walaupun tidak setanding dengan jagung Cameron Highlands.Apatah lagi jika dimakan  panas-panas dan semasa perut lapar!Macamana dengan harga?


Harganya sangat berpatutan,bergantung kepada saiz jagung.Boleh dibeli dengan harga serendah RM 5 untuk 4 tongkol jagung bersaiz sederhana macam dalam gambar tu.Harga bukan ukuran sangat bagi yang teringin nak makan jagung.....yang penting jagung tu mesti sedap...betul tak?

 Kacang rebus ni pula boleh dibeli serendah RM 2 untuk bekas yang kecil tu.

Selain jagung rebus dan kacang rebus,ada juga gerai yang menjual 
kelepek dan dodol.
Hmmm bagi yang melalui jalan ni...
tak sah kalau tak singgah membeli makanan tersebut,
terutamanya jagung rebus.
Ok...selamat melancong dan membeli -belah.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.